Wednesday, April 23, 2014

Peti ais baru aku, Peti ais second hand


Akhirnya hajat untuk ber-peti ais tercapai jugak. Asalnya nak kongsi beli dengan housemate. Tapi fikir balik macam susah pulak nanti nak buat pengagihan hak kalau pindah nanti. Sebab nak pakai kat rumah sewa saja, aku plan beli second hand dah memadai.

Disebab kan aku takda pengankutan sendiri, susah jugak nak cari kedai-kedai barangan electric terpakai. Usya- usya dekat kawasan tempat aku tinggal tu pon tak de. Jadi aku ambil keputusan untuk cari dekat Mudah.my. Kat Mudah.my ni boleh select mengikut kawasan tempat kita tinggal. Nasib area dekat-dekat banyak juga pilihan yang ok-ok. Kat situ korang ade 2 pilihan

1. Kalau korang rasa nak kenal tuan punya peti ais, korang boleh la cari pemilik-pemilik yang nak let go diorang punya peti ais.

atau

2. Korang jugak boleh pilih beli terus dari kedai-kedai barangan electrek terpakai. Cuma kat situ korang kna la tanya betol-betol apa kerosakan peti ais tu sebelum ni, siapa owner dia, melayu ke? Sebelum ni ade isi makanan-makanan basah tak halal ke?. Kalau agak was-was korang boleh samak peti ais tu dulu sebelum korang pakai.

Jadi aku akhirnye berkenan dengan peti ais datang nye dari kedai barangan electrek terpakai.

Kenapa aku pilih kedai?

Sebab utama diorang include penghantaran. Tu penting untuk aku. Aku mne ade kereta nak angkut peti ais tu balik rumah. Harga yang diorang letak RM300 tuk peti ais satu pintu + penghantaran + warranty 2 bulan. (kalau beli dengan orang persendirian tak dapat warranty rasanye..).

Ape lagi aku terus la call kedai tu. Terus dia kasi bad news lah pulak sebab peti ais tu dah ade tuan lain. Tapi nasib aku baik kot, dia offer peti ais lain. Peti ais 2pintu Cuma tambah RM50. Lepas dia whatsapp gambar peti ais yang dia offer tu, lepas aku tanya macam-macam, lepas usya iklan-iklan lain harga peti ais kebanyakan lebih mahal. Aku pon setuju ambil peti ais tu. Lagi bos cakap “hantar rumah siap pasang semua, kalau puas hati baru bayar”.
Peti ais jenama Samsung. sebesar ini RM350 kira murah la kan siap hantar kerumah and warranty 2 bulan lagi 

Tray tengah yg asal dia kata dah takde.. tapi dia gantikan gan kaca tebal

Sampai je peti ais tu depan rumah aku macam blur kejap. Apasal peti ais tu macam besar sangat je. Dalam gambar aritu nampak kecik je rupanya lagi tinggi dari aku. Nasib muat sumbat dalam rumah sewa ni. Body peti ais tu nampak dah kuning sikit tapi still ok. Takda karat-karat and magnet pintu still tiptop.

Ni bila peti ais dh sampai rumah.. nmpak comot sikit. Takpa nnti klu kawin angkut peti ais ni boleh kasi tauchup kasi ensem dengan cat lain..

Puas hati sangat-sangat lepas ni boleh start misi memenuhkan peti ais pulak yehey..


Thursday, November 7, 2013

Luahan Rasa




Bila seseorang itu menyapa
Meminta izin untuk mengetuk pintu hati
Rutin hariaan menjadi kekok
Banyak masa diluang untuknya
Tiba-tiba saja tersenyum sendiri sambil hati melonjak-lonjak riang bagai kanak-kanak
Lumrah hidup, hari yang mendung penuh duka pasti akan berakhir
Sinaran kegembiraan pasti akan muncul
Bahagia? Itu belum pasti, tapi insya Allah suatu hari nanti.









#nota panda

Monday, October 21, 2013

Hilangnya teman




Hari mendatang akan jadi sangat berbeza.
Hilang senyum tawa gila-gila
Hati pedih mungkin untuk seketika
Mungkin ianya terbaik untuk mereka berdua


Bila usia dewasa sememangnye aku mula sedar, persahabatan berlainan jantina takkan lama. Bila salah seorang jumpa pasangannya, pasangannya kemungkinan akan kurang selesa dengan kita. Mungkin mengundur diri adalah jalan yang terbaik. Mendoakan kebahagiaan meraka untuk kekal bersatu hingga ke jannah. Insyaallah

Wednesday, August 7, 2013

Bagaimana mendapatkan kulit cantik di pagi raya (Healthy Glowing Skin Remedy)

                        credit : http://www.fizgraphic.com untuk font selamat hari raya dan pelita tu :)

Yey.. esok dah raya…

Dikesempatan ni nak ucapkan selamat hari raya 2013 to semua yang terview blog post ni. Selamat pulang ke kampong dan harap dapat menyambut hari yang bahagia esok dengan orang tersayang.

Walau esok raya, tapi still kat dekat office lagi kerja sampai jam 5:30 petang (sobsob). Malam ni baru nak serbu KL Sentral naik train balik Ipoh. Ini raya pertama dengar takbir raya di perantauan.. selalu malam raya mesti dah ade siap2 kat rumah buat preparation untuk esok hari. Tapi Insya allah dalam jam 11:30 malam sampai la Ipoh.

Di pagi raya semestinya nak kelihatan bergaya dan cantik kan.. memandangkan malam ni akan kepenatan travel. so mybe boleh try beauty tips ni untuk manjakan diri sementara tolong mak didapur.. (dengan harapan dapat la glowing skin sikit kan.)


                       Healthy Glowing Skin Remedy



yey tak sabar nak try buat mask ni malam ni.. hehe.. selamat berhari raya. :)







Monday, August 5, 2013

what goes around comes around




Assalammualaikum,.

Ini kisah seorang kawan yang hanya berkenalan melalui online.
Seorang lelaki yang dihujung 20an yang mencari teman untuk bersembang atau mencari teman bukan sebagai kawan biasa.
Aku melayan nya sebagai teman online yang mungkin dalam list “not to bad to be my boyfriend”
Agak serasi bila aku dan nye bersembang.
Dia tak buat aku rasa annoying atau membuat ego ku tercabar.

Mungkin disebabkan bulan ini bulan puasa.
Allah ingin melindungi ku. Alhamdulillah.
Suatu hari dia mintak email YM ku, senang ber chat katanye.
Tampa dia sedar aku gunakan email yang diberi untuk menjejakinye di Facebook.

Agak apa yang aku Nampak. Kelihatan status nya Married with ______.
Aku tersenyum, tergelak.. lah kenapa kau begitu bodoh mengkantoikan diri sendiri?
Agaknye nak berskendle.. sila la bertindak bijak.
Nasib aku tak melayan lebih-lebih. Klu tak mungkin parah jugak hati ini.

Tapi lebih parah hati isterinya jika tahu semua ini.
Bila ditanya. Raya ni balik mana.. tak balik kampong wife ke?
“Eh tak kawin lagi la” katanya. “oh pic tu anak abang saya. September ni genap la setahun..”
Bila usya facebooknya. Itu anaknye sendiri.

Melampau sungguh lelaki ini. Kau tak mengaku isteri.
Kini kau tak mengaku baby tu anak kau?
Anak tu belum cukup setahun pun lagi. Kenapa cepat sangat kau bosan?
Hilang respect sungguh aku dengan kaum lelaki yang sebegitu. Memalukan!

Kemudian suatu ketika aku dapat satu message. “ini siapa… Jangan jadi perosak rumah tangga orang”
Hah pulak. Isteri dia pulak tahu. Allah bayar cash terus kat dia nampaknye
Memberi penjelasan munasabah dan terbaik untuk perempuan itu
Aku tak mahu hati wanita itu kecewa di pagi raya. Kerana aku juga wanita.

Dan aku juga harap penjelasan aku tak buat rumahtangga nya musnah.
Sebab aku juga baru tahu. Dan aku juga mangsa yang ditipu disini.
Dengan ringkas aku mohon maaf dan malas memanjang kan masalah ini
Aku tak da masa nak bergaduh pasal lelaki yang terutama bukan nya hak aku.

Aku jadikan ini sebagai pengajaran dalam hidup ku.
Jangan ingan lelaki sekarang walaupun tengah bahagia tak tipu yang mereka masih single.
Dan aku perlu berhati-hati semasa berkawan
Jangan sampai merampas hak orang.


Tuesday, June 25, 2013

Girl's Potluck

Helloooo all...........

Ceh perasan je ade orang baca blog ni kan. Update pon jarang-jarang. Mana ade orang nak datang. Sekarang ni macam tak de ape pon yang menarik berlaku dalam life aku ni. Still the same dari dulu sampai la sekang. Bangun pagi pergi keja balik sampai rumah jam 8, rehat-rehat sebelum tdo jam 11malam. Macam tu je la life aku setahun ni. Sabtu ahad pun kadang-kadang je keluar dengan rakan-rakan. Sangat membosankan kalau aku nak ceritakan.

Tapi semalam punya lunch agak menarik. Mungkin untuk sesetengah orang potluck tu adalah pekara biasa atau rutin bulanan di tempat kerja korang kan. Untuk aku sirius jakun. First time since aku start kerja sini. Ini pon bukan official potluck pun. Only kami gurls saja yang plan senyap-senyap.

Masing-masing bawak menu yang menarik. Boleh dikatakan lunch yang sangat sedap dan mengenyangkan.





Menarik kan??? Apa yang aku bawak ye?................


Aku buat Vietnam rice paper rolls. Sungguh sihat kan menu. Sebenarnye tak tau nak masak apa. Maklum la rumah bujang tak berpeti ais. Tak berpeluang aku nak masak best-best . tapi semua puji sedap. Yeh.. happy sebab ni first trial aku. Nasib menjadi. Korang pon boleh try. Sangat senang je nak buat. :)






Friday, February 15, 2013

i'm falling for you


Alangkah bestnye kalau ade yang nyanyi lagu ni dekat aku. so sweet.. rasa cam cair je hati ni dengar suara dia ni.. walau aku nampak kasar tapi hati lembut ni masih ada di sebalik benteng-benteng keegoan. ketagihan dengan suaranya buat aku dengar smua lagu dia kat youtube.. gerr~~

kalau nak stalk dia jenguk la kat sini
chestersee

Wednesday, February 13, 2013

Oh cuti panjang CNY

cuti CNY tahun ni aku ada 4 hari je cuti. cuti yang banyak agenda, banyak plot dan drama dan juga kenangan.

Day 1 hari sabtu: abang fatin punya wedding.. fatin tu bff adik aku. disebabkan xde yang rajin meneman adik aku g wedding abang kawan dia tu aku pon follow la tuk memeriahkan majlis,

menarik nya hari ni aku rasa cam ade pulak mata-mata yang memandang kami.. wow.. ada yang usya aku ke?? demn.. sah-sah aku perasan sendiri.. lempang nak ade orang usya ko.. klu cun tu takpe la jugak kan. dan bila di soal selidik lelaki yang aku perasan mengusya aku tu laki orang la pulak.. potong stim betoi la nak perasan.. wohoo..

sempat bergambar atas pelamin ambik berkat katekan.. hoho

Day 2 hari ahad: attand majils pertunangan cik sue. member time sekolah dulu.. ape ni smua orang nak kawin.. aku punye turn bila pulak ni.. miang da start naik ni.. hehe.. majlin pertunangan ni kecil kecilan je.. only sedara terdekat and bff je yg dijemput hadir.. dekak fb pon tak dibenarkan pos status mengenai pertunangan dia..ni kan nak upload pic.. nak kne penggal!! gila rasia.. haha.. budak ni memang berasia orang nye smpai kawan rapat pon tak tau dia ade bf.. bf dia buat ape kje mne.. ari ni tgk peh kacak tunangnye.. taniah2.. harap cepat2 la ke jinjang pelamin diorang tu..

muke yang bertunang tu x leh nak tunjuk.. rasia2 kecik kerajaan majapahit.. 
kalah artis cik sue kite ni.. hehe

sebelah malam nye pulak kite orang bz sangat sangat buat birthaday party untuk sikecik iman sufia anak akak aku yang nom 3.. selamat hari lahir yang ke 4tahun. dengan semangatnya kami adik beradi buat menu special punya... kite orang masak makaroni bakar, sushi beranika jenis and mee kari.. nyam.. masa untuk makan sampai muntah.. bahagianya dapat duduk kat rumah makan masakan rumah.. dah tak mau balik kl rasanya..


Day 3 hari isnin: what!!! aku demam.. oh no not on holidays.. :( tapi nak buat macam mana kan.. aktiviti sepanjang hari ni aku tido je la.. plan nak keluar gan kawan-kawan terpaksa aku batalkan.. sedihnye.



Day 4 hari selasa: hari terakhir cuti.. ikut plan asal aku balik dengan kak eda jam 10pg.. tapi something happend. mak pagi tu ade marhaban so mak da gerak pergi kenduri jam 930.. tak lama lepas tu dapat call dari mak mak jatuh moto. masyaallah rasa macam nak runtuh je jantung ni.. mak kata mak dah pergi klinik tapi klinik tak terima doctor suruh pergi hospital. dalam kotak fikiran aku ni bacam2 bayangan.. kerisauaan dia tak dapat aku ungkap. rupa-rupanya emak patah tangan kanan. aku dalam hati tahan sebak je. nasib kami tak bergerak balik kl lagi time tu.. klu tak confirm patah balik punya. hope tangan kiri mak yang patah tu akan cepat sembuh.. amin.
muka yang masih mampu tersenyum walaupun tahan sakit.. <3 mom="" p="" u="">

petang tu terpaksa la jugak balik menempuh jam sebab esok nya kerja. aku yang d KL sampai jam 9 kakak pula sampai pontian jam 12 lebih.. syukur semuanya sampai dengan selamat.

dan hari ni rabu: aku bekerja dengan mata membengkan minta dilelapkan dan batan mencari bantal yang empuk.. mood semestinye nak sambung cuti.. warggg~~



Friday, January 25, 2013

cinta in complicated





hidup berpasangan sangat indah kan.. tapi untuk dapat pasangan yang betul memahami yang akan hidup seumur hidup dengan kita sangat sukar untuk kita tahu.. adakah dia is the right one for us.

sejak aku buka hati ni untuk menerimanya, macam-macam berlaku. actually sampai sekarang masih tidak ada kata putus. since kami kenal bulan 8 tahun lepas.. kami hanya pernah jumpa sekali selepas 2bulan berkenalan memalui telefon. since pertemuan tu dirinya tak semesra dulu.. sebelum pertemuan tu dia berjaya meruntukkan ego ku untuk menyanyangi dia.. kemudian dia yang play hard to get. perbagai alasan dia bagi supaya kami tak bergelar pasangan. perasaan agak kecewa menyelubungi diri.. fill down dekat diri sendiri pon ade. coz alasan diberikan aku patot lost some weight dulu.. yer aku gemok.. so aku cuba campak perasaan sayang tu jauh-jauh. tapi kami masih berhubung walaupun jarang-jarang.

selepas dua bulan luka di hati kian sembuh. hati makin tenang walaupun nampak namanya muncul di skrin telefon.. dia masih menghubungi aku.. kalau bosan, kalau rindu baru dia msg aku. kalau tak dia nak tak nak je replay. tapi dia tak penah mengelak call aku. yer aku nampak terhegehkan dia waktu tu. tapi ia bagai kan terapi tuk hati ku. aku bersyukur kerana hati aku tak selembut perempuan lain diluar sana yang akan meroyan merayu tuk kembali bersama. bagi aku ada jodoh ada lah. klu tidak biar kan sahaja.

aku bagai kan ikut rentak nya. hubungan kami bagaikan couple yg on off tapi tanpa gaduh, atau cemburu. aku pon tak tau status aku dengannya. klu biasa-biasa.. ayat ganti diri di gunakan "u & i" klu mood dia manja sikit kluar la syg i miss u.. dalam hati terdetik nak ku lempang laki cam ni. tapi cik hati seolah melonjak keseronokan. aku pon layan kan sja ikut rentak dia. sehingga ego ku kian menebal semula. aku mula rasa aku hanya ingin permaikan dia sahaja. biar aku buat dia terhegeh kat aku. time tu aku pulak play hard to get. biar dia tau rasa pedih hati ini. biar luka, biar parah hatinya nanti, aku dah tak kisah. tapi ade mulut-mulut yang menasihati what goes around comes around.

hingga satu tahap aku rasa we just friend yg menyanyangi satu sama lain. tapi we not belong for each other. he so perfect for me. dia ade hampir smua benda yang aku inginkan walaupun ade kekurangannye.  aku mula mentafsir. betul orang kata cinta itu buta. tapi dalam kesempurnaan tu aku rasa he not my mr. right.

selepas beberapa bulan bergelut dengan perasaan. 22/1/13 satu statement muncul dari dia. dia cakap
"i kan bff u 4eva n eva!!!" cik hati bagai kna tikam time tu. tapi bibir terukir senyuman. sekurangnya aku tau status kami. dan aku tak de la nanti rasa sebesalah klu nak keluar dengan laki lain. tapi dalam lapik-lapik ayatnye bagaikan aku yang tak inginkan nye lagi. dan dia kte bila masa dia tak sayang kan aku? satu lagi babak complicated berlaku. dia yg ubah status kami ke bff dgn tiba2 dia ubah balik ke status complicated.. kluar la ayat2 syg balik..

sesuai betul situasi aku dengan lagu ini.. I Knew You Were Trouble.. tapi still aku tak nak lost contect dgn me.complicated ni.... aku tak tahu bila smua ni nak settle down.. aku malas nak bertarik tali lagi. aku bukan makin muda. tapi aku amat berharap aku tidak buta hati dengan hubungan ini. terus berdoa bengan ALLAH agar permudahkan segalanya..

amin....






***mr.perfect tak semestinye ur mr. right



chibiehazs




Monday, January 7, 2013

Melangkah ke tahun 2013



setiap kali menyambut 1 januari.. masing-masing sibuk memikirkan azam baru untuk tahun baru.. termasuk aku. Azam tahun-tahun dulu pun masih belum tercapai, ini berangan buat azam baru.. azam aku tahun ini agak berlainansedikit berbanding tahun-tahun sebelum ini.. dari kecil sampai kebesar azam aku nak kurus je.. sampai skang pon tak kurus2 jugak. memandang kan aku mula yakin dengan diri sendiri sekarang ni.. aku buat keputusan untuk membuat azam baru.

sebelum ini aku sebulan sekali pon belom tentu call mak ayah aku kat kampong. teringat kata-kata perli mak beberapa tahun lepas sewaktu aku baru habis belajar "Yer la awak tu bila dah jauh bukan nye nak ingat orang kat kampong" jadi azam aku tahun ni.. aku cuba sekerap mungkin untuk call mak bertanya kabar sementa ra mereka masih sihat dan masih ada bersama aku. ye itu azam aku!!!

masuk tahun baru ini.. tinggal beberapa bulan je lagi aku nak meningkat ke 25 tahun. ish tua dah aku.. tapi masih tak punya apa-apa terutama aset tetap.. so tahun ni aku cuba untuk dapat kat salah satu dari pada list ini...
1. lesen kereta
2. kereta
3. bisnes sendiri
4. my heartbeat

harap aku dapat capai azam aku tahun ini..
AMIN!!!..



*sometime kita kne jadi orang baru untuk dapat hidup yang kita impi-impikan.

Thursday, September 27, 2012

100 Best Friendship Poems - You by Peter Finlayson

You 
by Peter Finlayson 

When you are sad, 
and you feel you can't go on. 
Tears well in your eyes 
and the pain is so strong. 

So far from your friends, 
and you're all on your own. 
No-one to run to, 
So very alone. 

When all seems so useless, 
and you can't take anymore. 
As you put on your coat, 
and head for the door. 

Remember....... 

I was there once, 
lost, all alone 
You can cry in my ear, 
Just pick up the phone. 

When you are lonely and feeling so blue 
Someone is thinking ...thinking of you 



 sumber: 100 Best Friendship Poems - You by Peter Finlayson

Thursday, September 13, 2012

Selangkah bertatih





Dalam usia cam ni agak kelakar kalau aku bagi tahu semua yang aku baru ingin belajar berpasangan. Merelakan hati dimiliki oleh seseorang lelaki. Bagi ku bercinta adalah suatu tiket untuk membenarkan lelaki itu menyakiti hati sigadis.. atau sebaliknye… memang aku hindari kehidupan berpasangan dan sangat selesa bersendirian. Masalahnya sampai bila la kan aku nak pangkah dunia percintaan ni.. umor pon da meningkat.. nak kata cantik pon tak sekali. So apesal lak nak demand sangat.

Nak dijadi kan cerita. Hati ini telah pun ditawan oleh seseorang. Tapi dengan keegoan aku yang menebal seperti dulu. Aku belum tahu berapa lamakan perhubungan ini akan berpanjangan. Terlampau banyak yang aku perlu belajar dalam bab ini. Bagaikan budak tadika yang baru mengenali ABC.

Mungkin bagus jugak dapat long distant relationship ni.. mungkin beri aku peluang untuk belajar bersabar dan campak ego ini untuk digunakan dalam hal lain. Tapi some ego aku perlu pegang kuat agar aku tidak mudah hanyut dalam godaan. Maruah dan air muka keluarga perlu dijaga.

Harap hubungan ni akan berakhir dengan indah… J

Wednesday, September 12, 2012

New Chapter





Its being long time since my last update.. mencari kesesuaian dalam dunia perkejaan memang sukar. Lagi kalau tinggal dekat town kecil yang menawarkan gaji yang hanya mampu menampung keperluan dan kehendak sendiri sahaja. Sedangkan waktu kau habis diperhambahan dengan waktu berkerja. Bila masa ingin membalas budi parents yang dah berhabis duit menghantar kau ke menara gading.

Kini aku punya masa untuk diri sendiri. Mungkin kerana kejaya yang sah mengamalkan hak pekerja. Selepas berpindah ke kota raya. Walaupun banyak baik buruknya, aku kini semakin dapat menyesuaikan diri.

Peluang baru ni bagai satu rahmat dariNYA. Seminggu sebelum puasa aku dapat satu panggilan mengejutkan. Yang menawarkan aku pekejaan yang sealiran dengan bidang yang dulunya aku study. 

Panggilan yang tak disangka kerana resume nye dah aku hantar setahun setenggah yang lepas..
Dalam tempoh semingu dari tarikh panggilan aku dah start dengan kehidupan baru dikota raya. Allah bagai permudahkan segala. Masa aku interview kebetulan ada member yang free boleh ambil aku di stasion lrt ke pejabat. Kemudian aku dapat rumah sewa melalui online sahaja. Than kebetulan rumah sewa dekat dengan rakan sekolah lama. Semua bagai sangat mudah. bagai dirancang dengan teliti.

Mungkin semuanya telah dirancang sepenuhnya oleh NYA….

kini bermula chapter baru dalam hidup aku...

Tuesday, August 2, 2011

kenali kaki anda: Flat Foot



hey guys.. korang penah tak belek2 tapak kaki korang?? tgk cam ne rupa dia adekah tapak kaki korang ni normal or tak.. huhuuu..

before ni aku x penah hiraukan tapak kaki sendiri... sampai la hari tu sembang2 gan sedara.. ade sorang adik sedara ak ni hidap sakit belakang.. tulang belakang dia mula berbonjol keluar.. dokter cakap cz kaki dia.. than ak pon start la belek2 kaki sendiri.. hehehe

rupa2nye kaki ak same cam dia.. tapak kaki ak rata.. x de bahagian melengkung cam kaki org lain.. :( patut la ak sush sangat cari kasut.. patut la bila pakai kasut yg tapak dia ramping2 compem kaki ak melicit.. than kasut mudah haus dibahagian dalam tapak kaki.. or paling teruk kasut wagest ak.. melengkung kedalam.. bila slalu pakai... arrrgg~~

sebab tu la ak mula mengkaji tapak kaki ni.. rupa2 nye tapak kaki ak ni bukan la jenis yang normal.. tapi lebih dikenali sebagai Flat Foot atau tapak kaki rata...


pic [tapak kaki normal : lengkungan yang dalam : tapak kaki rata ]


Lengkungan di kaki yang normal berfungsi sebagai penyerap henjutan dan kejutan bagi seluruh tubuh. Setiap kali kita melangkah, kita meletakkan sehingga 5 kali berat badan samaada semasa kita berjalan, berlari atau melompat.


Tapak kaki rata atau flat foot ini boleh berpunca daripada gen yang kita warisi dari ibu bapa kita, kelemahan otot dan ligament yang disebabkan oleh usia, penyakit saraf atau kecedaran. Kecederaan mungkin disebabkan trauma yang teruk, atau tahun berdiri untuk jangka masa yang lama dengan memakai jenis kasut yang salah contoh kasut tumit tinggi.

[keadaan pronation]


Masalah kaki rata sering kali dikaitan dengan masalah pronation. Pronation adalah keadaan kaki yang berpaling keluar arah buku lali, oleh itu seseorang mempunyai kecenderungan untuk berjalan di atas sempadan dalam kaki. Ini menjadikan tulang buku lali dalaman jauh lebih menonjol daripada tulang pergelangan kaki luar. Kerana pronation memulas kaki, semua otot dan tendon yang berlangsung dari kaki dan buku lali ke kaki akan berpintal. Jika tidak dirawat, pronation boleh menyebabkan kesakitan pada lutut, pinggul, buku lali, bahu dan sakit belakang.




Bagi merawat masalah ini, penyokong lengkungan untuk kaki rata (Arch Supports For Flat Feet) perlu dipakai untuk menyokong tulang, sendi, dan otot yang membentuk lengkungan dan memberikan penyerapan kejutan yang mencukupi untuk keseluruhan tubuh badan. Ini akan membantu mengurangkan rasa sakit di kaki, buku lali, kaki, lutut, pinggul dan tulang belakang.


sumber:

Tuesday, July 19, 2011

hair tattoo


aku suka sangat mengidam bende merapu... mengidam pelik je bunyinye tu...
tapi itu je mampu menggambarkan keinginan aku dan betapa taksop nya aku dengan benda ni...

korang penah tak dengar hair tattoo??


ni la hair tattoo.. cool kan... rasa cam teringin nk buat pulak.. tapi kompem tak lepas punya... pn. ibu macam la kasi sangat buat2 benda macam ni.. haha..

hair tattoo ni slalunye geng2 jahat or nakal suke la... mmg sesuai tuk gaya mereka... tp klu muke yg comel2 buat pon ok gak ape.. mesti howt abis kan.. contoh cam mamat dalam vid ni... smart abis... "mom sy nk buat hair tattoo boleh???" ( dengan mata bersinar2..)



so pe pendapat korang?? :D

hanya bahasa 4

pic by : [xCrazyOnYoux]


masing2 dengan agenda masing2..
propaganda menyembunyikan segala...
si-kedil pula tersepit ditengah..


** mencari jalan keluar bukan suatu yang mudah....

Monday, July 18, 2011

menu hari cuti

lama ak tak enjoy holiday aku betol-betol.. slalunye.. sabtu ahad pon nak kne kje...
kebetulan sbtu kali ni aku cuti.. dan lame jugak rasanya ak tak masak.. so mula la nk menyepah kan dapor.. wuhu..

so untuk minum petang sabtu ari tu ak pon buat la puding roti... hehehe :P

selepas smua bahan da dimasuk kan.. so ni gah sesi rendaman kasi lembut sama itu roti...


yeyh... siap masak... bahagian hangus tu yg sedap okeyh.. hahahaa


ini la hasilnye puding roti instern... pakai ape yg ade je kat dapor.. hahaha :)
SEDAP wa kate sa lu org.. smpai menjilat pinggan... hahaha.. puji diri sndiri x leh bla.. haha :P


okey.. ni je la laporan dari dapor ak kalini.. ^_^





Friday, July 15, 2011

8 rasia petua melayu lama agar kelihatan cantik dan menarik ( istimewa untuk wanita )


jalan-jalan dalam dunia on9 ni.. tiba2 ak singgak kat satu artikel ni.. cam best lak tuk berkongsi... untuk gadis-gadis yang ingin sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang.. ce amalkan petua ni... petua ni juga sesuai diamalkan tuk wanita yg dah berkahwin jugak ek.. tuk terus kelihatan menarik... :)

1. Bangkit Bersambut
apabila hendak tidur malam, sebelum itu duduk berlunjur kemudian rebahkan badan ketilam tampa menongkat badan dengan tangan. apabila mahu bangun dari katil, lunjurkan kaki dan terus bangun tampa menongkatkan badan dengan tangan juga..
kemudian cehahkan tangan ke kaki anda

2. Wajah Suci
waktu bangun pagi, basuh muka dengan air tampa menggunakan sebarang pencuci muka dan jangan lap muka dengan tuala. biarkan air di muka kering sendiri.
ini adalah untuk mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembab asli muka tidak dibuang
3. Menyegarkan Payudara
semasa mandi, terutama waktu pagi, jiruskan air pada kedua-dua belah payudara sebelum air membasahi badan supaya payudara sentiasa segardan tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
untuk mengelakkan bau badan agar tubuh sentiasa berbau wangi, amalkan makan makanan yang segar seperti ulam- ulaman yang wangi baunya. insyaallah nafas dan badan akan berbau wangi

5. Lubang Jarum
latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7.Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.


selamat mencuba~~ :)


terpinggir atau dipinggir


salam guys..

pe korang rase klu bos korang tiba2 pinggirkan korang???
is it good or bad???

dalam kes aku.. aku da cuba sedaya upaya tuk buat ape yang patut... dulu dia kasi ak satu kedai baru.. ala2 situasi..
"nah kau kedai ni.. sy baru renovate kedai ni dan mau kedai ni konsep sekian2.. n awk buat la ape yg patut"

tak cam aku da put all my effort tuk rialisasikan impian dia.. dah la dia letak ak sorg2 tuk buat segala kje.. dari konsep kedai pon ak x paham.. ak study.. buat research.. than setup smua.. buat planning... ok mmg salah ak x bawak any income masuk for 3month.. yer la.. ak dok setup sebuah kedai ni sorg2.. than request itu ini smua x dapat... now bila da nak berkembang sikit.. org da mula kenal this konsep.. dia letak org baru... ak kne g kedai lagi satu tuk setup that new shop... dah la konsep lain.. ak kne start from beginning balik... peh penah weh...

ak mmg x layan la arahan dia kan.. ak syg kot kedai skang ni.. kedai ag satu tu ak g gak tp kejap2.. thats why la dia dok masam muka... ape2 info pon smua call dak baru tu.. ak da melayang2 tak tau kemana..

dulu alasan soh ak g sana cz x de siapa lagi tuk diharapkan.. tp da macam ni.. dia pulak bermasam muka.. x cukup ke ak da buat kerja dengan sangat iklas.. sabtu ahad pon pk pasal kedai.. ade x korang penah dengar sorang kerani.. bergaji kurg dr RM1000 snggup setup sebuah kedai.. dr ziro... than siap dia la tukang jage kedai.. dia la markerting.. dia la manager kedai.. dia la yg design smua adv.. than smua set price.. n promotions smua pon dia yg kna pikir.. hurm.. tah la kan..

bos oh bos.. pening da ak... :(

Monday, April 25, 2011

semangat yang hilang


hari-hari ku menjadi semakin malas.. makin lemah longlai makin tak bermakna dengan hidupan harian yang semakin bosan. kerja yang bertimbun tak tahu mana dulu yang ingin disempurnakan. kerja yang diberi agak-agaknya da berapa hari da tertangguh..

sikap mereka yang disekeliling semakin dingin buat aku hilang semangat. dan kata-kata hikmah yang dulu aku pegang aku makin ketepikan. aku mula tidak percaya dengan butir bicara dan janji yang mereka taburkan.

aku harap sinar yang aku dapat sebentar tadi bakal bawa aku ke sinar dan kehidupan yang baru dan lebih menarik. walaupun aku masih keliru dan begitu sayang dengan tempat jejak ku hari-hari sepanjang setahun ni.. aku harus buat keputusan. bak kata seorang sahabat. " kau perlu keluar dari comfort zone kau"

betul katanya. aku terlalu takut untuk memulakan suatu perjalanan yang baru. aku takut tersalah pilih. takut gagal. takut aku tidak mampu memikul tanggungjawab yang bakal aku pikul. aku terlalu lama hidup dalam dunia aku sendiri. sendirian tampa berkongsi kannya dengan sesiapa.. tampa berkongsi dengan rakan, kekasih mahupun mereka yang sedarah dengan ku.

aku kne mula melangkah keluar dari comfort zone aku. aku perlu cuba dan tidak berpatah kembali. impian aku terlampau besar tampa berkongsi dengan sesiapa bukan kah itu sugguh menyedihkan.

Followers