Monday, August 3, 2009

kesan dari cuti mid sem

Ingatkan khamis tu balik epoh for 2 days only la. siap dah beli tikit balik for that coming sunday. tiba-tiba hari jumaat dapat tahu uitm ditutup untuk semiggu 25 hb- 2hb aug. cit cuti kali ni tak best langsung. aku x prepare pun tuk cuti lama. semua berjalan tak seperti apa yang aku rancangkan.

1. aku balik sehelai sepinggang (yer la kata balik untuk 2 hari just bawak balik 2 helai baju last-last jadi seminggu pulak)

2. wtf leptop aku tinggal kat kolej. seminggu aku merana tanpa leptop.. wargggrr

3. tikit bas yang aku beli kena tukar tarikh... melayang... hangus duit aku. tikit bas ipoh-KL nasib boleh tukar. tp kena bayar separuh harga. tikit KL- segamat pulak x de harapan langsung untuk beli separuh harga. so terpaksa la beli baru... uishh.. total kerugian RM 25.30. banyak kan...

4. kain bucuk... wah da satu bukit x basoh ingat nak basuh lepas cuti 2 hari tu. tp alahai kena tunggu semiggu la pulak..

5. cuti yang lame buat aku bosan duduk dekat rumah. da la skarang ni tengah sale sana-sini... duit aku keluar dari dompet aku macam air je. abis separuh duit tipu pt aku. abis la lepasni makan maggi je la jawabnya

No comments:

Followers