Wednesday, August 7, 2013

Bagaimana mendapatkan kulit cantik di pagi raya (Healthy Glowing Skin Remedy)

                        credit : http://www.fizgraphic.com untuk font selamat hari raya dan pelita tu :)

Yey.. esok dah raya…

Dikesempatan ni nak ucapkan selamat hari raya 2013 to semua yang terview blog post ni. Selamat pulang ke kampong dan harap dapat menyambut hari yang bahagia esok dengan orang tersayang.

Walau esok raya, tapi still kat dekat office lagi kerja sampai jam 5:30 petang (sobsob). Malam ni baru nak serbu KL Sentral naik train balik Ipoh. Ini raya pertama dengar takbir raya di perantauan.. selalu malam raya mesti dah ade siap2 kat rumah buat preparation untuk esok hari. Tapi Insya allah dalam jam 11:30 malam sampai la Ipoh.

Di pagi raya semestinya nak kelihatan bergaya dan cantik kan.. memandangkan malam ni akan kepenatan travel. so mybe boleh try beauty tips ni untuk manjakan diri sementara tolong mak didapur.. (dengan harapan dapat la glowing skin sikit kan.)


                       Healthy Glowing Skin Remedy



yey tak sabar nak try buat mask ni malam ni.. hehe.. selamat berhari raya. :)







Monday, August 5, 2013

what goes around comes around




Assalammualaikum,.

Ini kisah seorang kawan yang hanya berkenalan melalui online.
Seorang lelaki yang dihujung 20an yang mencari teman untuk bersembang atau mencari teman bukan sebagai kawan biasa.
Aku melayan nya sebagai teman online yang mungkin dalam list “not to bad to be my boyfriend”
Agak serasi bila aku dan nye bersembang.
Dia tak buat aku rasa annoying atau membuat ego ku tercabar.

Mungkin disebabkan bulan ini bulan puasa.
Allah ingin melindungi ku. Alhamdulillah.
Suatu hari dia mintak email YM ku, senang ber chat katanye.
Tampa dia sedar aku gunakan email yang diberi untuk menjejakinye di Facebook.

Agak apa yang aku Nampak. Kelihatan status nya Married with ______.
Aku tersenyum, tergelak.. lah kenapa kau begitu bodoh mengkantoikan diri sendiri?
Agaknye nak berskendle.. sila la bertindak bijak.
Nasib aku tak melayan lebih-lebih. Klu tak mungkin parah jugak hati ini.

Tapi lebih parah hati isterinya jika tahu semua ini.
Bila ditanya. Raya ni balik mana.. tak balik kampong wife ke?
“Eh tak kawin lagi la” katanya. “oh pic tu anak abang saya. September ni genap la setahun..”
Bila usya facebooknya. Itu anaknye sendiri.

Melampau sungguh lelaki ini. Kau tak mengaku isteri.
Kini kau tak mengaku baby tu anak kau?
Anak tu belum cukup setahun pun lagi. Kenapa cepat sangat kau bosan?
Hilang respect sungguh aku dengan kaum lelaki yang sebegitu. Memalukan!

Kemudian suatu ketika aku dapat satu message. “ini siapa… Jangan jadi perosak rumah tangga orang”
Hah pulak. Isteri dia pulak tahu. Allah bayar cash terus kat dia nampaknye
Memberi penjelasan munasabah dan terbaik untuk perempuan itu
Aku tak mahu hati wanita itu kecewa di pagi raya. Kerana aku juga wanita.

Dan aku juga harap penjelasan aku tak buat rumahtangga nya musnah.
Sebab aku juga baru tahu. Dan aku juga mangsa yang ditipu disini.
Dengan ringkas aku mohon maaf dan malas memanjang kan masalah ini
Aku tak da masa nak bergaduh pasal lelaki yang terutama bukan nya hak aku.

Aku jadikan ini sebagai pengajaran dalam hidup ku.
Jangan ingan lelaki sekarang walaupun tengah bahagia tak tipu yang mereka masih single.
Dan aku perlu berhati-hati semasa berkawan
Jangan sampai merampas hak orang.


Followers