Tuesday, July 19, 2011

hair tattoo


aku suka sangat mengidam bende merapu... mengidam pelik je bunyinye tu...
tapi itu je mampu menggambarkan keinginan aku dan betapa taksop nya aku dengan benda ni...

korang penah tak dengar hair tattoo??


ni la hair tattoo.. cool kan... rasa cam teringin nk buat pulak.. tapi kompem tak lepas punya... pn. ibu macam la kasi sangat buat2 benda macam ni.. haha..

hair tattoo ni slalunye geng2 jahat or nakal suke la... mmg sesuai tuk gaya mereka... tp klu muke yg comel2 buat pon ok gak ape.. mesti howt abis kan.. contoh cam mamat dalam vid ni... smart abis... "mom sy nk buat hair tattoo boleh???" ( dengan mata bersinar2..)



so pe pendapat korang?? :D

hanya bahasa 4

pic by : [xCrazyOnYoux]


masing2 dengan agenda masing2..
propaganda menyembunyikan segala...
si-kedil pula tersepit ditengah..


** mencari jalan keluar bukan suatu yang mudah....

Monday, July 18, 2011

menu hari cuti

lama ak tak enjoy holiday aku betol-betol.. slalunye.. sabtu ahad pon nak kne kje...
kebetulan sbtu kali ni aku cuti.. dan lame jugak rasanya ak tak masak.. so mula la nk menyepah kan dapor.. wuhu..

so untuk minum petang sabtu ari tu ak pon buat la puding roti... hehehe :P

selepas smua bahan da dimasuk kan.. so ni gah sesi rendaman kasi lembut sama itu roti...


yeyh... siap masak... bahagian hangus tu yg sedap okeyh.. hahahaa


ini la hasilnye puding roti instern... pakai ape yg ade je kat dapor.. hahaha :)
SEDAP wa kate sa lu org.. smpai menjilat pinggan... hahaha.. puji diri sndiri x leh bla.. haha :P


okey.. ni je la laporan dari dapor ak kalini.. ^_^





Friday, July 15, 2011

8 rasia petua melayu lama agar kelihatan cantik dan menarik ( istimewa untuk wanita )


jalan-jalan dalam dunia on9 ni.. tiba2 ak singgak kat satu artikel ni.. cam best lak tuk berkongsi... untuk gadis-gadis yang ingin sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang.. ce amalkan petua ni... petua ni juga sesuai diamalkan tuk wanita yg dah berkahwin jugak ek.. tuk terus kelihatan menarik... :)

1. Bangkit Bersambut
apabila hendak tidur malam, sebelum itu duduk berlunjur kemudian rebahkan badan ketilam tampa menongkat badan dengan tangan. apabila mahu bangun dari katil, lunjurkan kaki dan terus bangun tampa menongkatkan badan dengan tangan juga..
kemudian cehahkan tangan ke kaki anda

2. Wajah Suci
waktu bangun pagi, basuh muka dengan air tampa menggunakan sebarang pencuci muka dan jangan lap muka dengan tuala. biarkan air di muka kering sendiri.
ini adalah untuk mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembab asli muka tidak dibuang
3. Menyegarkan Payudara
semasa mandi, terutama waktu pagi, jiruskan air pada kedua-dua belah payudara sebelum air membasahi badan supaya payudara sentiasa segardan tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
untuk mengelakkan bau badan agar tubuh sentiasa berbau wangi, amalkan makan makanan yang segar seperti ulam- ulaman yang wangi baunya. insyaallah nafas dan badan akan berbau wangi

5. Lubang Jarum
latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7.Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.


selamat mencuba~~ :)


terpinggir atau dipinggir


salam guys..

pe korang rase klu bos korang tiba2 pinggirkan korang???
is it good or bad???

dalam kes aku.. aku da cuba sedaya upaya tuk buat ape yang patut... dulu dia kasi ak satu kedai baru.. ala2 situasi..
"nah kau kedai ni.. sy baru renovate kedai ni dan mau kedai ni konsep sekian2.. n awk buat la ape yg patut"

tak cam aku da put all my effort tuk rialisasikan impian dia.. dah la dia letak ak sorg2 tuk buat segala kje.. dari konsep kedai pon ak x paham.. ak study.. buat research.. than setup smua.. buat planning... ok mmg salah ak x bawak any income masuk for 3month.. yer la.. ak dok setup sebuah kedai ni sorg2.. than request itu ini smua x dapat... now bila da nak berkembang sikit.. org da mula kenal this konsep.. dia letak org baru... ak kne g kedai lagi satu tuk setup that new shop... dah la konsep lain.. ak kne start from beginning balik... peh penah weh...

ak mmg x layan la arahan dia kan.. ak syg kot kedai skang ni.. kedai ag satu tu ak g gak tp kejap2.. thats why la dia dok masam muka... ape2 info pon smua call dak baru tu.. ak da melayang2 tak tau kemana..

dulu alasan soh ak g sana cz x de siapa lagi tuk diharapkan.. tp da macam ni.. dia pulak bermasam muka.. x cukup ke ak da buat kerja dengan sangat iklas.. sabtu ahad pon pk pasal kedai.. ade x korang penah dengar sorang kerani.. bergaji kurg dr RM1000 snggup setup sebuah kedai.. dr ziro... than siap dia la tukang jage kedai.. dia la markerting.. dia la manager kedai.. dia la yg design smua adv.. than smua set price.. n promotions smua pon dia yg kna pikir.. hurm.. tah la kan..

bos oh bos.. pening da ak... :(

Followers