Tuesday, August 4, 2009

Ini camera Lomo bukan camera lama

OMG guys you should see this. I found this blogshops with this cool, awesome and extremely cute camera percaya tak???. I really excited about this cool gadgets. Extremely gorgeous until aku jatuh cintun sama dia. you guys kalau nak more info about this camera boleh check it out at kawaii-store.blogspot.com



Huh sebut pasal waterproof camera. aku teringat pulak dekat camera aku yang rosak dulu. Semuanya berpunca daripada air. Arrgg... geramnye. bebalik pada this babies... camera ni boleh dibawak diving and can dive in to 3 meters. ambik kau... terdapat 14 pattern untuk dipilih dan semuanya absolutely adorable *geramnye*. harga for this babies only RM69 tau. murah sangat... aku suka pattern bunga tu. tomei bangat kan...

contoh hasil dr this babies


selain cik lomo aqua pix waterproof ni.. aku jugak berminat dengan Mr.Korean LOMO 4 Lens Action Camera ni. harganya only RM119. he has very smart look. *skali snap boleh dapat 4 gambar tu..*


ini bukan camera pakai buang but a manual photography camera yang boley pakai lama. These babies don't even need batteries. just snap..snap..snap.. kan jimat....


# lately telah jatuh cinta dengan lomography

bila si lensa di depan mereka

Lepas hampir setahun pemergian kamera aku yang pertama.... kini aku kembali lagi dengan kamera yg baru tapi lebih murah dari sebelumnya... yer la da serik aritu semagat beli kamera baru aku abiskan duit RM600 untuk sebijik kamera yang akhirnya rosak selepas 5 bulan akibat kegairahan yg terlampau terhadap kamera baru. cit..

punca kerosakan.... memaksa kamera yang bukan waterproof berhikmat dekat air terjun

kesan.... LCD terbakar. kalau baiki pon
harganya same dngan kamera aku yang skarang mungkin jugak lebih mahal.

harini ada sesi bergambar untuk klas. semperna merasmikan kamera baru, aku bawak skali kamera aku tu ke klas *mmg tiap ari pun bawak* tak sangka ramai yang sanggup jadi model si lensa murah ini. so ape lagi... lihatlah sebahagian gelagat kiteorg bila di kaca lensa *5 dr 251 keping pic yg diambil*


pening mr. photographer tu tengok gelagat kite org..
tak reti nak duduk diam


inilah perangai sebenar budak kelas aku.
tomei kan kiteorang


barisan rakan yg sangat-sangat sempoi.
mana ade kamera disitu ada diorang




bella, ieqa, hazs, noi
tak berhenti-henti bergambar walau da lewat pergi meeting


kalau tengok balik picture2 tu... rasa-rasanya dew berapa keping je la pic aku. tapi x pe. asalkan aku puas dan ini je la sumber kenangan aku masa depan nak tunjuk anak cucu cicit. mana la tahu salah sorang dari diorang jadi terkenal ade la bukti yang aku kenal dia walaupun dia dah sombong dan tak kenal aku.



# setiap keping gambar tu ada valuenya yang tersendiri...

Monday, August 3, 2009

kesan dari cuti mid sem

Ingatkan khamis tu balik epoh for 2 days only la. siap dah beli tikit balik for that coming sunday. tiba-tiba hari jumaat dapat tahu uitm ditutup untuk semiggu 25 hb- 2hb aug. cit cuti kali ni tak best langsung. aku x prepare pun tuk cuti lama. semua berjalan tak seperti apa yang aku rancangkan.

1. aku balik sehelai sepinggang (yer la kata balik untuk 2 hari just bawak balik 2 helai baju last-last jadi seminggu pulak)

2. wtf leptop aku tinggal kat kolej. seminggu aku merana tanpa leptop.. wargggrr

3. tikit bas yang aku beli kena tukar tarikh... melayang... hangus duit aku. tikit bas ipoh-KL nasib boleh tukar. tp kena bayar separuh harga. tikit KL- segamat pulak x de harapan langsung untuk beli separuh harga. so terpaksa la beli baru... uishh.. total kerugian RM 25.30. banyak kan...

4. kain bucuk... wah da satu bukit x basoh ingat nak basuh lepas cuti 2 hari tu. tp alahai kena tunggu semiggu la pulak..

5. cuti yang lame buat aku bosan duduk dekat rumah. da la skarang ni tengah sale sana-sini... duit aku keluar dari dompet aku macam air je. abis separuh duit tipu pt aku. abis la lepasni makan maggi je la jawabnya

Monday, July 20, 2009

Syok sendiri

harini jari jemari yang selalunye bercuti panjang semakin sibuk menaip sms. Ya tok orang yang tengah sibuk bercinta tu perkara biasa. tp bagi aku ni adalah perkara yang luar biasa...
Key tak la luar biasa mana pun tp seronok rasenya bila orang yg da lama tak bersms dengan kite msg kite balik. Untuk meringkaskan cerite.... amir da mula contect aku balik. walaupun aku tak pernah jatuh cinta dengan dia tp seronok bila dapat msg dengan orang yg aku tau pernah sayang aku.... tp sory kerana menolak untuk jadi sayang kamu....

Wednesday, June 24, 2009

Ape nak jadi

Cuti yang sangat slow… rutin harian aku sebulan ni langsung x membanggakan diri aku mahupun my mom. Nak online… dengan confident suruh mak potong internet haritu. Bukan tak mampu bayar tapi kesian. Internet tu tiap bulan kena bayar RM77 sedangkan 1kb pon x sentuh selame 6 bulan.

Kawan –kawan sibuk kerja aku pulak masih bermanja dan malas nak cari kerja untuk mengisi masa lapang aku. Bosan… bosannya cuti aku…. Tapi bila teringat sem baru akan bermula tah… aku sudah sedia atau blom untuk belajar balik tapi yang aku tau aku kangan sangat sama kawan-kawan semua.

Rutin harian aku…

9pg – latihan menjadi suri-rumahtangga yang berjaya

1030pg – masa menjadi kanak-kanak semula… anime time(NTV 7)

12pm – menunjuk bakat di dapur. (sampai sekarang masih tak de sorang pon yang mengalami keracunan makanan)

2pm – masa untuk betapa / keluar kacau Natrah kat tempat kerja

Tuesday, February 17, 2009

sukan IMS

Sukan kos mase untuk mnunjukkan kesenioran kepada part-part bawah. Tp untuk kite org yg part 5 time untuk enjoy. Sukan 2 hari yang sngat memenatkan. Role paling utama aku 2 hari tu jadi penyokong menjerit sana sini.


Jerit bukan sebarang jerit. Kite org menang game tarik tali wanita first prize. Yang paling membangakan cz aku pon join skali game tu.. uhuu

Esoknye punye la sakit2 badan cz da lame x begerak aktif ;P n bad thing nye tngah hari isnin ade pulak quiz. Buku x sentoh nasib senang.


hari-hari yg mengenjoykan tp sungguh memenatkan........

Sunyi Sepi

Kesepian memerangkap diri menjadikan hidup terus bingung dan akhirnya kekal bersendiri. Dan memaniskan senyuman2 kelat yg hanya seketika walaupun sesaat itu merupakan saat yg sungguh bahagia. Dan tiada siapa pun mengetahuinya.

Dua hati telah pun bersatu

Utk cda n yus taniah n slamat pengantin baru buat korang. Wah rase cepat je mase berlalu kengkawan skeliling dah mula berumah tagga. Bila di fikir balik nasib baik la si cda tu x sain kontrak kawin lepas aku kawin klu x menangis dia….

Wedding diorg gempak la jugak. Pelamin dia je dah cun, pengantin dia ape tah lagi. Si cda ni ade kembar… on the wedding day tu sepatutnye pengantin la yg spatutnya bedebar. Ni tak, sikembarnya yg dok gabra n bedebar2.

Tapi regret sangat cz malam nikah dia aku x datang. Haha sibuk shoping gan akak aku yg dapat green light dr husband dia utk shopping smpy mlm. Bukan tu je. adoi.. bile ingat balik aku rase aku ni bukan kawan yg baik la. Kalau r kawan aku ni tau mesti sedey…. Uhuhuhu…

Nasi minyak dia pon aku x makan. Ni kes merajuk gan adik aku la. Dia tinggalkan aku n makan dulu. So segan makan sorg2 lagsong x makan kat kenduri dia sedangkan kenduri tu betol2 depan rumah aku. Last2 aku masok rumah makan mee cintan perisa ayam. Tu je mee segera yg ade kat almari time tu… uhuu

Wedding diorg x abis smpai situ. Mlm majlis potong kek. Kek nye comei. Bentuk 2 hati yg begabung. Rasenye ok la.. x la seindah rupanya pun hahaha…. Majlis diorg betambah2 la meriah bile cousin dia pasang satu kotak mercun. Tah mane diorg rompak mercun tu aku x tau la. Tp rase sweet sangat. Tp utk makcik2 yg lemah jantung tu bukan lagi sweet. Tu da boleh mnyebabkn pendek umur… :P

Lepas semua mjlis selesai, aku la jadi jurugambar jemputan khas yg tak bergaji diorg utk ambil gambar atas pelamin dan atas katil bedua… uhuh aku rase aku da menjalankan tugas sejayanya. So utk kedua mempelai tu moga-moga berbahagia ke akhir hayat. Amin.

.

Followers