Tuesday, August 2, 2011

kenali kaki anda: Flat Foot



hey guys.. korang penah tak belek2 tapak kaki korang?? tgk cam ne rupa dia adekah tapak kaki korang ni normal or tak.. huhuuu..

before ni aku x penah hiraukan tapak kaki sendiri... sampai la hari tu sembang2 gan sedara.. ade sorang adik sedara ak ni hidap sakit belakang.. tulang belakang dia mula berbonjol keluar.. dokter cakap cz kaki dia.. than ak pon start la belek2 kaki sendiri.. hehehe

rupa2nye kaki ak same cam dia.. tapak kaki ak rata.. x de bahagian melengkung cam kaki org lain.. :( patut la ak sush sangat cari kasut.. patut la bila pakai kasut yg tapak dia ramping2 compem kaki ak melicit.. than kasut mudah haus dibahagian dalam tapak kaki.. or paling teruk kasut wagest ak.. melengkung kedalam.. bila slalu pakai... arrrgg~~

sebab tu la ak mula mengkaji tapak kaki ni.. rupa2 nye tapak kaki ak ni bukan la jenis yang normal.. tapi lebih dikenali sebagai Flat Foot atau tapak kaki rata...


pic [tapak kaki normal : lengkungan yang dalam : tapak kaki rata ]


Lengkungan di kaki yang normal berfungsi sebagai penyerap henjutan dan kejutan bagi seluruh tubuh. Setiap kali kita melangkah, kita meletakkan sehingga 5 kali berat badan samaada semasa kita berjalan, berlari atau melompat.


Tapak kaki rata atau flat foot ini boleh berpunca daripada gen yang kita warisi dari ibu bapa kita, kelemahan otot dan ligament yang disebabkan oleh usia, penyakit saraf atau kecedaran. Kecederaan mungkin disebabkan trauma yang teruk, atau tahun berdiri untuk jangka masa yang lama dengan memakai jenis kasut yang salah contoh kasut tumit tinggi.

[keadaan pronation]


Masalah kaki rata sering kali dikaitan dengan masalah pronation. Pronation adalah keadaan kaki yang berpaling keluar arah buku lali, oleh itu seseorang mempunyai kecenderungan untuk berjalan di atas sempadan dalam kaki. Ini menjadikan tulang buku lali dalaman jauh lebih menonjol daripada tulang pergelangan kaki luar. Kerana pronation memulas kaki, semua otot dan tendon yang berlangsung dari kaki dan buku lali ke kaki akan berpintal. Jika tidak dirawat, pronation boleh menyebabkan kesakitan pada lutut, pinggul, buku lali, bahu dan sakit belakang.




Bagi merawat masalah ini, penyokong lengkungan untuk kaki rata (Arch Supports For Flat Feet) perlu dipakai untuk menyokong tulang, sendi, dan otot yang membentuk lengkungan dan memberikan penyerapan kejutan yang mencukupi untuk keseluruhan tubuh badan. Ini akan membantu mengurangkan rasa sakit di kaki, buku lali, kaki, lutut, pinggul dan tulang belakang.


sumber:

Tuesday, July 19, 2011

hair tattoo


aku suka sangat mengidam bende merapu... mengidam pelik je bunyinye tu...
tapi itu je mampu menggambarkan keinginan aku dan betapa taksop nya aku dengan benda ni...

korang penah tak dengar hair tattoo??


ni la hair tattoo.. cool kan... rasa cam teringin nk buat pulak.. tapi kompem tak lepas punya... pn. ibu macam la kasi sangat buat2 benda macam ni.. haha..

hair tattoo ni slalunye geng2 jahat or nakal suke la... mmg sesuai tuk gaya mereka... tp klu muke yg comel2 buat pon ok gak ape.. mesti howt abis kan.. contoh cam mamat dalam vid ni... smart abis... "mom sy nk buat hair tattoo boleh???" ( dengan mata bersinar2..)



so pe pendapat korang?? :D

hanya bahasa 4

pic by : [xCrazyOnYoux]


masing2 dengan agenda masing2..
propaganda menyembunyikan segala...
si-kedil pula tersepit ditengah..


** mencari jalan keluar bukan suatu yang mudah....

Monday, July 18, 2011

menu hari cuti

lama ak tak enjoy holiday aku betol-betol.. slalunye.. sabtu ahad pon nak kne kje...
kebetulan sbtu kali ni aku cuti.. dan lame jugak rasanya ak tak masak.. so mula la nk menyepah kan dapor.. wuhu..

so untuk minum petang sabtu ari tu ak pon buat la puding roti... hehehe :P

selepas smua bahan da dimasuk kan.. so ni gah sesi rendaman kasi lembut sama itu roti...


yeyh... siap masak... bahagian hangus tu yg sedap okeyh.. hahahaa


ini la hasilnye puding roti instern... pakai ape yg ade je kat dapor.. hahaha :)
SEDAP wa kate sa lu org.. smpai menjilat pinggan... hahaha.. puji diri sndiri x leh bla.. haha :P


okey.. ni je la laporan dari dapor ak kalini.. ^_^





Friday, July 15, 2011

8 rasia petua melayu lama agar kelihatan cantik dan menarik ( istimewa untuk wanita )


jalan-jalan dalam dunia on9 ni.. tiba2 ak singgak kat satu artikel ni.. cam best lak tuk berkongsi... untuk gadis-gadis yang ingin sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang.. ce amalkan petua ni... petua ni juga sesuai diamalkan tuk wanita yg dah berkahwin jugak ek.. tuk terus kelihatan menarik... :)

1. Bangkit Bersambut
apabila hendak tidur malam, sebelum itu duduk berlunjur kemudian rebahkan badan ketilam tampa menongkat badan dengan tangan. apabila mahu bangun dari katil, lunjurkan kaki dan terus bangun tampa menongkatkan badan dengan tangan juga..
kemudian cehahkan tangan ke kaki anda

2. Wajah Suci
waktu bangun pagi, basuh muka dengan air tampa menggunakan sebarang pencuci muka dan jangan lap muka dengan tuala. biarkan air di muka kering sendiri.
ini adalah untuk mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembab asli muka tidak dibuang
3. Menyegarkan Payudara
semasa mandi, terutama waktu pagi, jiruskan air pada kedua-dua belah payudara sebelum air membasahi badan supaya payudara sentiasa segardan tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
untuk mengelakkan bau badan agar tubuh sentiasa berbau wangi, amalkan makan makanan yang segar seperti ulam- ulaman yang wangi baunya. insyaallah nafas dan badan akan berbau wangi

5. Lubang Jarum
latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7.Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.


selamat mencuba~~ :)


terpinggir atau dipinggir


salam guys..

pe korang rase klu bos korang tiba2 pinggirkan korang???
is it good or bad???

dalam kes aku.. aku da cuba sedaya upaya tuk buat ape yang patut... dulu dia kasi ak satu kedai baru.. ala2 situasi..
"nah kau kedai ni.. sy baru renovate kedai ni dan mau kedai ni konsep sekian2.. n awk buat la ape yg patut"

tak cam aku da put all my effort tuk rialisasikan impian dia.. dah la dia letak ak sorg2 tuk buat segala kje.. dari konsep kedai pon ak x paham.. ak study.. buat research.. than setup smua.. buat planning... ok mmg salah ak x bawak any income masuk for 3month.. yer la.. ak dok setup sebuah kedai ni sorg2.. than request itu ini smua x dapat... now bila da nak berkembang sikit.. org da mula kenal this konsep.. dia letak org baru... ak kne g kedai lagi satu tuk setup that new shop... dah la konsep lain.. ak kne start from beginning balik... peh penah weh...

ak mmg x layan la arahan dia kan.. ak syg kot kedai skang ni.. kedai ag satu tu ak g gak tp kejap2.. thats why la dia dok masam muka... ape2 info pon smua call dak baru tu.. ak da melayang2 tak tau kemana..

dulu alasan soh ak g sana cz x de siapa lagi tuk diharapkan.. tp da macam ni.. dia pulak bermasam muka.. x cukup ke ak da buat kerja dengan sangat iklas.. sabtu ahad pon pk pasal kedai.. ade x korang penah dengar sorang kerani.. bergaji kurg dr RM1000 snggup setup sebuah kedai.. dr ziro... than siap dia la tukang jage kedai.. dia la markerting.. dia la manager kedai.. dia la yg design smua adv.. than smua set price.. n promotions smua pon dia yg kna pikir.. hurm.. tah la kan..

bos oh bos.. pening da ak... :(

Monday, April 25, 2011

semangat yang hilang


hari-hari ku menjadi semakin malas.. makin lemah longlai makin tak bermakna dengan hidupan harian yang semakin bosan. kerja yang bertimbun tak tahu mana dulu yang ingin disempurnakan. kerja yang diberi agak-agaknya da berapa hari da tertangguh..

sikap mereka yang disekeliling semakin dingin buat aku hilang semangat. dan kata-kata hikmah yang dulu aku pegang aku makin ketepikan. aku mula tidak percaya dengan butir bicara dan janji yang mereka taburkan.

aku harap sinar yang aku dapat sebentar tadi bakal bawa aku ke sinar dan kehidupan yang baru dan lebih menarik. walaupun aku masih keliru dan begitu sayang dengan tempat jejak ku hari-hari sepanjang setahun ni.. aku harus buat keputusan. bak kata seorang sahabat. " kau perlu keluar dari comfort zone kau"

betul katanya. aku terlalu takut untuk memulakan suatu perjalanan yang baru. aku takut tersalah pilih. takut gagal. takut aku tidak mampu memikul tanggungjawab yang bakal aku pikul. aku terlalu lama hidup dalam dunia aku sendiri. sendirian tampa berkongsi kannya dengan sesiapa.. tampa berkongsi dengan rakan, kekasih mahupun mereka yang sedarah dengan ku.

aku kne mula melangkah keluar dari comfort zone aku. aku perlu cuba dan tidak berpatah kembali. impian aku terlampau besar tampa berkongsi dengan sesiapa bukan kah itu sugguh menyedihkan.

Saturday, April 23, 2011

hati kosong tampa mereka


ari ni start tinggal sorang2 kat office.. lepas miss hazel and miss syiema abis praktikel semalam..
rasa sunyi pulak jaga kedai ni sorang-sorang.. tak tau la sapa nanti yang bakal teman ak dekat kedai ni....

but start hari ni...da tak de budak hazel yang suke menyanyi and melalak kuat2.. dah tak de syiema yang suke gelak-gelak.. da tak de da teman makan lunch.. da takde da adik2 yang suke bawak akak dia ni meronda naik kereta.. haha.. going too miss them so much...

lepas ni start la rutin harian aku macam dulu sorang2.. but this time lagi truk.. memang sorang2.. staff lain smua dekat bangunan tinggi tu.. ak je sorang kne jaga kedai ni.. so lepas ni.. lunch sorang2 la nampak nye... T___T

BTW.. aku tak kan lupe kan this gurls.. cz macam2 memory we had together..

macam..
g kellie's castle time tengah hari bute.. panas2.. tak penah dibuat orang..
g lumut & teluk balik lepak2 pastu trus balik...
g penang mandi manda laut.. main banana bot.. walaupon aku takut laut..
tgk youtube anuar hadi, matluthfi, and maharaja lawak together...
makan nasi 2 ringgit kat stedium..
buat video onechubbybunny

wa.. banyak nye memories.. has hope diorang x kan lupe has.. and rajin2 singgah kedai ni.. lepak gan has and gosip same2..





miss Hazel Azran


miss Syiema Waheed


p/s TQUEE juru gambar mr. joe cz ambik kan pic kami ber3.. haha nmpak bayang2 kakinye je kat kaunter tu.. huhu

Tuesday, April 5, 2011

hanya bahasa 3


[pic by: rumsy]

setiap kali berada di kedai oren itu.. aku mesti ingat dia,
pagi2 bila masuk kedai... ingatan terhadap dia buat aku tersenyum..
dia lah orang pertama yang akan wish aku morning..
aku rindu dengan bau wangi dia, perangai gila-gila dia..

skarang segalanya berubah..
walaupun dia masih di depan aku.. tapi aku kehilangan dia yang dulu..
dia penah berjanji.. dia akan pulangkan dia yang lama kepada ku..
tempoh tersebut telah pun lepas.. memang dia pulang menjadi lebih ceria dari sebelum ni..
tapi dia tetap bukan dia yang dulu..

dia bagai hilang selamanya.. hilang secara tiba-tiba
i miss you friend
aku masih tidak dapat terima. T___T

Monday, March 28, 2011

sesat ke Kellie's Castle





hari ni hari isnin paling best.. since aku start kerja.. aku tak pernah pergi holiday gan kawan2 beside shopping mall... actually im not kind of gurl yg suka shopping.. tapi mmber kat epoh ni.. klu mau jumpe je.. erm.. bila tnya mau lepak mne?? mesti jasco je destinasi kiteorang..

so hari ni.. someting yang tak di sangka happend. En.bos suruh aku and miss hazel pergi usya2 booth yg campany bukak kat teminal makanan negara [TEMAN] but sampai sana booth x de orang smua dak marketing curi tulang.. haha




than terasa cam awal lagi.. last2 trus kiteorang sesat ke istana x siap ni...
ok..ok ade pengakuan yang nak di buat... ni sebenarnya kali pertama aku sampai kellie castle sepanjang umo ak 23 tahun ni.. hikhikhikk... memalukan bukan.. ;P

kiri: syima kanan: hazel




best dapat lepak gan diorang sebenarnye... coz diorang ni gila lensa.. so sporting.. ni first time keluar dengan diorang.. diorang ni sebenarnya budak praktikel tempat aku kerja.. comel kan.. :D


syima and aku

aku de sekeping dua je pic outting kali ni.. cz ak la tukang snap nye.. hehehe. tu pasal la pic budak dua org ni yang banyak tertampal di blog post kali ni.. hehehe..

than lepas penat snap2 smua baru la kiteorang balik offis balik.. haha.. nakal x kiteorang.. hahaha.. :P




Thursday, March 17, 2011

aku kene halau???




bila maharaja bertitah
si panglima akur patuh mengikut arahan
si tentera yang hina hanya akur tunduk tanpa berkata apa
segala titahnya perlu dilaksanakan..

bilakah semua ini akan berakhir?????

**************************************************************************************


this morning.. aku digemparkan dengan arahan untuk berpindah pejabat. tanpa sebarang short notis or any meno aku perlu pindah dr opis itu time tu jugak...
tak macam WTF kan!!!!

kalau korang ade kat tempat aku. pe yang korang rasa. actually ni kali ke2 aku diperlakukan macam ni. kali pertama.. ak emo sorang2.. nangis kat dlm toilet... aku rasa tindakan ni rude sangat macam menghalau aku. like.. pack ur bag now dan pergi kau dari sini..


than kejadian tu ulang lagi. pagi ni sampai office aku diberi tau kne pindah office. aku da x diperlukan lagi di pejabat tingkan 9 tu. kini aku kne duduk jaga kedai dekat pekan ni... ak x de la kesah nak kne dok mne pon.. ak redha.. tp skurangnye TOLONG LA!! tolong la kasi notis dulu... x pon sms la aku malam semalam kasi tau aku kne tuka office. tak de la aku rasa terhalau. aku pon manusia ade perasaan.

**sory aku serang ko kat bilik and marah2 sebab penukaran ni. aku paham ko hanye jalankan tugas ko. aku ok. cuma aku tak tau aku nak marah kat sapa lagi. aku tekanan sangat. sorry sangat2 coz aku nangis tadi... gedik sangat aku rasa. aku tau tindakan aku ni memburuk kan ag nama ko.

weh.. sorryyy.. aku tak sangka buat ko nangis skali tadi. aku tau ko pon ade tekanan ko sendiri. aku tau ko bukan org yg senang nangis. ko pon cakap kat aku yang ko da 3 tahun x menitiskan air mate.... sorry yer. tp aku perlu kasi tau u have change a lot.

but sirius.. aku x suke dok kedai ni. da la desktop de 1 je.. cam ne mau kongsi pakai dgn 3 orang.. no wander la budak2 ni tdo kat dalam kedai ni.. bosan tak tau buat ape.. klu aku pon aku akan buat bende yang sama.

BTW.. thanx to amirul and fendy.. sayang korang.. korang buat aku relax rini.. cz korang aku x de la emo 1 ari... thanx ye amirul blanje aku makan nasi RM2 kat stadium.. first time makan sana.. hahaha

guys.. doakan aku dapat kerje lain.. aku da tak tahan da kje sini... T___T

Friday, February 25, 2011

quote for today

a friend post this to his wall.. rasa cam best jer mau post quote ni balik... hehehe

the idea is to write it so that people read it and it slides through the brain and goes straight to the heart.

Wednesday, February 23, 2011

hanya bahasa 2

kau anak patung dalam balang kaca.
aku hanya anak patung biasa
kau dijaga dan ditangisi bila tiada...
aku hanya dicampak merata-rata.

kau kata kita sama
yang aku nampak kau ketua aku kulinya
kau sentiasa didahulukan
dan aku pula terus dipingirkan

Tuesday, January 25, 2011

polymer clay






hey all..

hari ni ak very happy.. cz ak dapat hobi baru... making cute things guna clay.. seminggu dua ni.. aku tetiba je rasa teruja.. macam mana nak buat those cute stuff macam kat bawah ni...

now u guys get me don't cha.. cute kan... this cute thing ni.. ak dapat tau make from polymer clay... than ak start cari online mna tau ade online store yg jual polymer clay ni.. cari punya cari x jumpa jugak... huh sian ak kan.. than at last ak baru ak teringat ada craf store dekat2 area rumah ak.. tp kedai tu macam tak customer friendly.. tp whatever right.. so ak pon terjah aja la..

sirius tak sangka.. rupanya sana actually clay house.. diorang aja budak2 macam mana buat dolls dr this doll clay... so ak try la tanya mana tau diorang ada jual polymer clay... too bad.. x da jugak... tp tokey dia cakap.. doll clay ni pon ak boleh pakai buat cute2 things macam kat atas tu...

so pe lagi ak rembat la 3 ketul.. lain2 warna.. ala.. try2 aja.. takut x menjadi.. so i pay RM36 untuk 3 ketul clay yang masing2 bersaiz sebesar sabun mandi je.. huhuhu... but than.. untie tu aja ak macam mana guna, simpan and jaga that clay.. super frendly siut unite tu.. best2.. kompem ak datang balik kedai dia pas ni..

target bulan depan.. lepas gaji masuk nanti.. baru beli tools dia.. skang da pokai.. haha.. nanti da pandai main dengan clay tu nanti ak nak buat dolls jam ni la... cam smart je kan... hahahaa

ape2 pon.. ak x tau la bpe lama ak dengan hobi ni... cz ak ni da la cepat boring gan benda.. lama sket tak tau la mana ak campak nanti.. ngee~~~~~~~~









note:... pic from pakcik google..

Monday, January 17, 2011

bermain dalam tandas


main dalam tandas... pe punye tajuk post la ak buat ni.. chop3.. jagan la pikir yang bukan-bukan... tadi.. time ak gah search latest gadget.. tibe2 lak ak jumpe ni...
bende ni gadget baru plus ak rasa agak menarik gak la...

bende ni namenye Toylet... keluaran sony bende ni adalah mainan yang mengira kelajuan pancutan urin (bahasa cover sikit) dan bende ni akan save data tu.. ala.. cam korang main game2 tu r.. can leh tengok sapa punye high score.. hahaha....

lepas ni.. abis la.. berjam2 la dorang ni lepak dalam toilet... main benda ni.... haha... kang toilet jadi meriah seperti dalam cc.. ala2 korang dah main game.. huhuhu



klu mau tau lebih lagi.. klik2 la link ni.. http://www.aolnews.com

Yuna - Penakut

good morning bloggers..
its monday already.. wah mesti korang masing2 gah bz dok kat opis kan..
how ya mood today.. ak moody sket.. ak dipindahkan ke opis lin di level14 same banggunan.. oh opis dulu level 9 kat situ ramai staff and budak2 praktikel.. kat sini lak sorang2.. benci tol..

walau pon boring and tak puas hati... nak wat cam na.. arahan diterima... so patuh je la.. kne la jd pekerja baik.. kan..kan....

mybe esok ow lusa... 2 3 org akan follow ak nik level ni.. so mybe la pastu meriah sket.. tak dela sorang2 kat opis ni..

dikala bosan ni.. ak g la youtube.. g dengar2 lagu.. ow ya...korang penah dengar takl lagu penakut by yuna...

lirik dia mmg best.. terutama ending dia...

(Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu)


auww~~ macam setempek kene batang hidung sendiri.. hehehe
than dengan mood skang yang moody sket ni.. huh tiba2 lak jiwang pagi2 ni...
kalau korang x penah denga lagu ni.. ni ak da tempekkan kat post ak kali ni..
pe ag~~ enjoy!! ^_^


Lirik Penakut – Yuna

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Sunday, January 16, 2011

aku jadi bahan gosip minggu ini.. :((

kecoh tol hari minggu kali ni.. akak ak sampai mlm td.. so de macam2 ragam kat sini..
kecoh dengan kerenah anak buah ak yang 2 orang ni.. bebel tak henti-henti.. macam2 nak cerita.. almaklum la syafika baru je masuk taska..
than pagi-pagi lagi puan mak da bukak macam2 gosip yg akak aku ketinggalan..

salah satunye... gosip yg aku kne splash gan air.. time ak nk g keje...

hurm.. malu2..
al-kisahnye........................

mood pagi tu paling girang la... happy gile.. makup pagi tu pon cam berseri jer... hati lak dok menyanyi2... than ak g keje... opis ak dr umah ambik mase 40 minit yer... tu kira da bawak moto paling laju la.. (erm selaju yg ak berani je la.. hohohoo) klu x sejam pejalanan la baru sampai opis...
erm.. enough bebel.. kembali pada cita..

on the way pejalanan tu de paip pecah.. cam air pancut je ak tgk.. boleh ganti lost world of tambun gitu.. ak punye la sopan santun lalu.. nak lepas tempat kejadian dgan selamat dan kering.. tetiba lak... ade kereta dr blakang laju je langgar lopak air tu... than splash kne ak..

tak macam siut pulak kan... basah lenjun ak kat tempak kjadian.. malu gle.. smua orang tengok... da la pagi tu.. matahari dok memancar2.. tak macam ak kne patah balik rumah tuka baju...

yang paling buat ak bengang.. ak da betoi2 nak sampai opis da.. than kne patah balik... sampai rumah.. baju ak smpat kring sket da.

kesimpulanye... hari tu.. ak masuk opis lambat... kalau ikut kan hati yg gah panas n menyumpah2 tu.. da x mo da g kje...

ak siap anta msg kat "en. manager"

hazs: weh ak masuk opis lambat ri ni... ade hal.. jangan tanye nape. ak ngah bengang ni!!!..

wo.. betoi2 dia x tanye.. nape ak dtg lambat.. haha..
btw.. thanx gak kat sorang pakcik ni.. time ak g opis kali ke2.. kat traffic light.. pak cik tu mau ngorat2 lak.. geli ak.. but funny... and thanx to him.. ak da tak menyumpah2 ag kat pemandu kreta tu.. buat rosak mood ak je kan..

haha tu je la al-kisahnye.. than puan mak leh lak gelak kan ak..

puan mak: hah da ala2 iklan sabun cuci baju da.. nasib air lopak tu x kotor..
aku: blur~~ redha je la :((





Thursday, January 13, 2011

perang tepung/ kunyit/ telor = goreng pon sedap

lama tul x update blog ni.. macam2 berlaku actually,
sabtu lepas cik lie ajak kite org makan2 dgn smua staff akor. kebetulan pulak sabtu tu cik fira nye birthday.. so kiteorg pon buat la plan comel ni..

lepas abis je time office.. satu pejabat trun padang polo.. best2.. lepak gan smua staff and my bos.. so ak malas nak cerita panjang lebar.. harap korang enjoy la tgk pic2 yg ak upload ni.. hehe ;D


ni bos ak.. wife and anak2 dia.. wife dia cantek kan..


ni la geng2 opis aku.. bos, staff and budak2 praktikel yg ak cayang..


so lepas makan2. kenyang makan KFC cik lie belanja.. masa tuk kitaorang jalan kan plan comel kitaorang...

-the end-







jap.. blom abis lagi...
ak nk ajar korang cam na nak goreng ayam sesedap 'KFC'
nak tau x cam ne.. ngee~~

pecahkan 10 biji telor.. dan sapu rata di seluruh bahagian..


than salut kan ia dengan tepung..


dan akhir skali.. lumurkan dengan kunyit...
peluh2 sebagai perasa.. lalala...


than.. jagan lupa goreng.. hehehe

the crew of chefs..
.
.
.
.

pic tambahan....

muka fira lepas perang.. huhuhu..




Saturday, January 8, 2011

silent love

[pic by: Meoyaime]
kau nampak garang.. kau nampak sombong..
itu hanya tuk pandangan mereka-mereka yang tidak mengenali kamu..
untuk aku..
aku suka kau tengok aku dengan wajah pelik..
aku suka kau jadi orang pertama tegur aku..
aku suka kau perli dan tegur perubahan aku.. mean kau tengok aku.
aku suka bila kau becerita tentang minat kamu..
aku suka senyum sinis kamu..
aku suka kamu ajuk2 kan kata-kata aku.. aku marah... aku malu.. tapi hati aku tersenyum girang..

hari berganti hari.. kini smuanya berubah..
say morning pon da takda..
da x de orang nak gelak ow pelik2 tengok perubahan aku.. aku rindu..
kini kau lebih buat aku sunyi dan terluka sendiri..
tak pa.. mungkin kepalanya serabut..
tak pa.. mungkin dia sibuk..
kata-kata manis untuk memujuk hati..

Followers