Friday, July 15, 2011

8 rasia petua melayu lama agar kelihatan cantik dan menarik ( istimewa untuk wanita )


jalan-jalan dalam dunia on9 ni.. tiba2 ak singgak kat satu artikel ni.. cam best lak tuk berkongsi... untuk gadis-gadis yang ingin sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang.. ce amalkan petua ni... petua ni juga sesuai diamalkan tuk wanita yg dah berkahwin jugak ek.. tuk terus kelihatan menarik... :)

1. Bangkit Bersambut
apabila hendak tidur malam, sebelum itu duduk berlunjur kemudian rebahkan badan ketilam tampa menongkat badan dengan tangan. apabila mahu bangun dari katil, lunjurkan kaki dan terus bangun tampa menongkatkan badan dengan tangan juga..
kemudian cehahkan tangan ke kaki anda

2. Wajah Suci
waktu bangun pagi, basuh muka dengan air tampa menggunakan sebarang pencuci muka dan jangan lap muka dengan tuala. biarkan air di muka kering sendiri.
ini adalah untuk mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembab asli muka tidak dibuang
3. Menyegarkan Payudara
semasa mandi, terutama waktu pagi, jiruskan air pada kedua-dua belah payudara sebelum air membasahi badan supaya payudara sentiasa segardan tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
untuk mengelakkan bau badan agar tubuh sentiasa berbau wangi, amalkan makan makanan yang segar seperti ulam- ulaman yang wangi baunya. insyaallah nafas dan badan akan berbau wangi

5. Lubang Jarum
latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7.Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.


selamat mencuba~~ :)


No comments:

Followers