Monday, December 27, 2010

si badut dengan kemeja baru

good morning world..

harini mood cam hebat sangat.. x moody cam always..
walaupun hampir2 nak rosak mood ni tadi..

yerla kemeja yg baru ak beli ni rupanya cam terlebih besar je tuk ak..
alau pn ak da cukup gemok da.. tp still x besar.. adik ak siap cakap
"ak tengok ko pakai baju ni ingatkan aku baju pesakit kat ospital..
ok fine.. buruk habis da tu... tp dgan semangat.. cz ak beli baju ni murah je.. so x pe la.. pky sekali je la.. lin kali klu da tersesak baru pakai lagi...
so rini.. perasaan ak skang cam badut.. pakai baju besar.. tudung pn cam x match je.. ok just tunggu sampai petang.. tgk sape rini mulut lezer comment pasal baju ak :(

Tuesday, December 21, 2010

hanya bahasa 1#

Wahai si maharaja..
titah kau di angkat sepenuhnya
si hina patuh segera melaksana
tapi kau terus mencaci
dengan niat untuk menyingkirkannya.

entry untuk teman online

[ pic by amarinimo]


aku rindu seseorang.. rindu pada seorang teman online..
dia je yg ak boleh buat perangai gila.. ak rasa macam da lama sangat ak tak membebel luah kan perasaan kat orang.. coz teman aku sorang ni da hilang.. bukan kne kidnap ke ape..

just lepas dia baik balik gan gf dia.. gf dia mintak dia delete akaun fb dia.. eh... sorry.. bukan sebab aku.. just gf dia jelous dia msg dengan other gurls.. so ak pun kena la respect keputusan diorang.. and akhirnya ak kehilangan seorang teman online yang paling rapat..

kebelakangan ni ak makin rindu dia.. ak tak tau ak nak kongsi cerita2 ni dengan siapa.. ak ni da la jenis x suka kongsi cerita dengan org yg ak jumpa tiap2 hari.. coz aku tak suka cerita aku jadi gosip liar yang membuang masa...

Wednesday, November 17, 2010

hargailah diri korang



kalau korang tengah down.. or rasa diri ni useless.. korang patut tengok video ni..
kalau la semangat aku kuat macam dia ni.. mesti aku tak stress dengan hidup aku hari- hari..

Sunday, November 14, 2010

telinga

bila perlu...
aku pinjamkan tangan, bahu, mata, telinga, mungkin tubuh juga?
tapi siapakah sudi meminjamkan telinganya kepada aku.

Friday, November 12, 2010

aku penat jadi aku

[ picture by : jueep ]



kadang kala ak rasa lebih baik berbahasa kasar..
klu itu yang dapat meng-ekspresi kan diri dari duduk tersenyum dan makan diri.
sekurang-kurangnya kita jujur dengan diri
dan tak perlu 24jam menjaga perasaan orang lain..
dan tak perlu lagi penat menyusun kata-kata sedap dan berbunga2
bagi melemak kan lagi telinga mereka
bukankah lebih baik klu begitu


aku rimas jadi budak baik

Saturday, November 6, 2010

oh mr. photographer

[ picture by : anemonty ]

i always thought photographer is sexy.. than tiba-tiba pulak i meet this photographer.. OMG..OMG.. he not howt at all... tp still when he hold his DSLR aw... cair siut.. now.. aku fall' for him or his sexy black gorges dslr.. hahaha

Wednesday, November 3, 2010

oh tempat kerja

bulan ni.. da masuk 3 bulan da aku kerja.. aku masih belum dapat adapt lagi dengan kerja dan member2 office ni.. walau da nmpak kamcheng.. tapi ade kalanya aku terasa agak terpinggir.. office ni semua laki.. hanya aku dan sorang kakak ni je yg perempuan.. akak ni da dlm 30an.. dah kawin pon.. so dengan perangai sewel aku ni agak kurang sut la klu nk ajak akak ni bersembang pasal hal2 remaja cam ak ni.. mesti la tak mencabar minda dia kan.. haha...

so selama bekerja ni klu lunch time aku mesti pergi lunch sorang-sorang.. yer la.. pakwe pon tak de kan tuk teman.. so kadang- kala.. aku jelous tengok budak-budak office lain kelua lunch dengan member2 diorang.. aku pulak sorang-sorang.. nak makan pun tak de mood..

aku bukan kesah sangat nak keluar lunch tu.. cuma aku stress klu duk lama-lama dalam office.. lagi2 banyak benda yang aku tengah fikir.. terus jadi serabut..

hurm.. bila la cik hazs ni nak pandai fit in dan adapt dengan situasi ni.. :(


Tuesday, October 19, 2010

art of CINTA.. very sweet..


CERITA DR SEORANG ISTERI>>>

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Wednesday, October 13, 2010

permulaan bulan 10 yg not so good

lamenye tak update.. bukan x der ape-ape yang berlaku.. tapi.. mungkin telampau banyak bende kut yang berlaku.. sampai rasa takda hati nak berblogging.
first week bulan 10 2010 ni macam-macam berlaku.. meh aku peringkaskan semuanye.. so tak perlu la korang bace banyak-banyak.. betoi kan.. haha

ok..ok.. start from

4hb 10 2010
ak ader interview kat sungai besi.. jwatan yang perlu di interview sangat menepati ciri-ciri kelayakan aku.. tapi kesebokan kerja buat a
ku x study langsong tuk interview tu..

eh.. sape kate ak tak pergi.. ak dengan semangatnya mohon cuti dan pergi tempat tu.. owh.. tp di hari interview.. ak dengan semangatnye membuat keputusan tak pergi interview tu.. hush hush ok.. korang ke tau.. tak siape tau ak tak pergi interview tu.. hehe.. ak tak konfiden la nak pergi.. ak takut aku memalukan diri dalam bilik interview tu.. yer la ak kan tak study.. :(

5hb 10 2010
hari en. ayah punya operation. operation kecil yang hari ni operation, hari tu jugak balik. hehe

6hb 10 2010
lepas cuti 2 hari on 4 dan 5 oct.. aku start kerja. tapi malang nya balik dari kerja aku accident.. aku si penunggang motosikal yang tak bersalah.. dengan tak sengajanye telah melanggar sebuah kereta.. huh nasib kerata tu x kemek.. klu tak.. jenuh lak klu untie tu mintak bayar ganti rugi.

7hb 10 2010
aku dapat mc 2 hari.. tp on this day aku still kuatkan semangat g kerja.. yer la segan aku.. aku da cuti 2 hari sebelum tu.. tak kan aku nk ponteng ag kan.. tapi.. rupanye kekuatan aku tak cukup.. aku dapat kerja half day jer.. :(

8hb 10 2010
haha.. aku cuti.. so ak berjimba.. yo la sangat.. aku x dapat bangun kut.. satu badan sakit.. rasa nak tercabut semua tulang rusuk ni.. setiap kali aku nak baring and nak bangun..
mlm tu pulak aku sedih.. cz ak dapat msg dr seseorang.. kate ade yg cakap aku main-main dan tak sirius kerja. yer la mentang aku dapat interview hari tu.. aku jd malas g kerja.. haik?? aku kan cuti cz aku sakit.. bukan aku sengaja cuti. tak layak ke aku cuti??

so esok nye aku g kerja macam biasa.. dan sampai sekarang ak still tak tau sape yang tak puas hati tu.. aku tak penah ambik hati ape yang diorang cakap.. tapi aku ambik kata-kata tu sebagai pembakar semangat tuk kerja.. hehe.. OK tak??


so tu je la celoteh aku.. hah ak ingat nak ringkas kan cerita ni.. tp trbebel pulak.. huhu..
ni aku nak tunjuk korang muke cik hazs yang lepas accident.. hehe..









Wednesday, September 8, 2010

cuti raya aku 17 hari.. hoyeh


hai semua.. mesti sekarang ni korang semua da start countdown raya ni kan.. semua pon da start mood raya.. ade yg da dalam pejalanan balik kampung and ade yang still stuck kat office..

aku lak ni last day aku keje.. esok da start cuti sampai 20 ribulan.. peh cam da nak separuh bulan cutinye.. rasa-rasa aku cuti ni gaji still jalan.. cz bos x cakap ape2 pon.. tapi abis la bukak cuti memang pulun la kerja..

pesiapan raya aku pulak.. biase-biasa je. pakai je baju kurung yg ade.. kuih makmur mak buat ari tu.. terpaksa buang.. cz didapati minyak sapi nye tak halal. so keputusan yg diambil ialah.. kuih-kuih tunjuk yg beraneka jenis kat pasaran sekarang. ayah pulak.. sedang berusaha siapkan keronsong ketupat bawang.. memandangkan aku still keje.. tak sempat nak tolong ayah.. best ape wat kerongsong ketupat ni tau.. hehe

memandang kan nak raya ni.. bukan setakat kat rumah je bz mengemas.. kat office ni pon masing-masing sibuk mengemas. kasi cun sikit opis ni.. yer la.. ni office kecik je.. so pekerja-pekerja nye la yang kene ringan tulang mengemas.. tapi best gak.. terasa meriah.. huhu..

okeyh la malas nak cerita berjela-jela.. kepada semua yang mengunjungi blog ni... SELAMAT HARI RAYA semua... maaf kalau ada salah silap, terkasa bahasa or terguris perasaan siapa-siapa dalam mana-mana post kat blog ni.. maaf yer.. ^_^

Monday, September 6, 2010

bicara dengan hati


miss hati.. kenapa tak tenteram.. u kan kuat.. i sure kita boleh harungi ini bersama... miss hati i akan carikan u peganti.. tapi saba yer.. i perlu waktu.. i tau miss hati pon lom dapat relax lagi.. tiap kali terpandangkan wajahnya.. miss hati buat jantung i berdegup pantas.. bila dengar lagu2nya.. miss hati buat i tersenyum girang...i tau.. miss hati rindu.. tapi i tak mau smua ini berulang.. miss hati tolong kuat ye.. so kita dapat harungi nya bersama.

Monday, August 30, 2010

terima kasih awak.


lately aku bz sangat.. tambah2 dengan leptop ni bual hal.. modam broadband nye pulak rosak.. seakan-akan tak kasi aku tuk trus on9 sebelah malam. mungkin tau keadaan tuan dia yang sedang bersedih. ni pon aku hanye dapat on9 time kat opis je... hehe..

napa aku bersedih??? hurm..
keputusan telah pun dibuat.. kini aku dan dia dah berakhir.
yang pelik aku tak sedih or menangis.. aku rasa.. tuk korang yang putus cinta macam aku ni.. hehe.. time sedih2 tu call la kawan.. jangan sembang pasal xboy korang yang tinggal kan korang.. tu la yang buat kan lebih sedih.. ape yang aku buat.. sembang kosong yang boleh buat aku gelak sampai pecah perut.. pas tu tdo.. ingat betapa happy nye kawan2 kesayangan masih ade tak tinggal kan aku

tapi.. dalam masa yg same.. aku geram sangat.. sidia tu telampau pengecut.. tak de pun nak kasi tau terang2 yang dia nak putus.. aku cuma paham2 sendiri.. yer la.. da kompem2 la dia x mo kat aku da kan. bila msg, call, msg kat fb, ym smua dia x reply sedangkan dia on9 dan kusyuk sembang gan gurl kat fb dia.. bila aku post kat wall dia.. trus dia remove.. =(

aku sirius x marah klu nak putus.. cz aku da ready dr awal.. aku pon da penah kasi tau kalau da ade yang lain just kasi tau. but yang buat aku marah, bila dia trus menyepikan diri, membiarkan aku terus terkontang kanting.. aku juga malu sebab aku pernah mencintainya seorang pengecut macam tu.. adoi... sunggoh pondan la.. ;P

now aku da tak kisah sangat da.. klu otak aku terlintas namanya pon aku tak sedih. aku kini gembira dengan life aku.. aku da ade kerja.. da x bosan lagi.. rakan-rakan sekerja semua nya laki [boleh cuci mata].. gila-gila lagi. aku pun ade rakan-rakan on9 yang sudi terus berkongsi.. aku da tak perlu kan kehadirannya lagi.. cuma satu yang aku kesal. kenapa perginya dia tanpa sebarang penjelasan.. susah sangat ke nk kasi msg 'KITA PUTUS'??? lol

btw.. now dalam otak aku sekarang lebih runsing memikirkan leptop aku and modem aku yang perlu di baiki.. babe duit kot smua tu.. abis la smua duit aku melayang... pokai la aku.. ish.. cam ne nak soping raya macam ni.. hehehehee ;P

Saturday, August 21, 2010

my first day and first time kerja

hari ni da masuk hari kedua aku kerja selepas almost setahun gak la mengangor.. erm lebih kurang la.. cz aku ade je kje.. tapi part time kat kedai tudung.. akak tokei kedai tudung tu mintak tolong..

owh.. keje pe yg aku dapat tu ek.. hehe.. kje biase je.. kerani serbanika.. bukan kedai serbanika ye makcik pakcik.. ceh2.. yer la bukan ape.. company tu tak de sistem dia kerani.. dia acc10.. dia manager.. semua same.. bos dia pon sempoi je..

aku g interview kje tu ari khamis lepas. nampak iklannye kat jobmalaysia. than sembang2 gan second bos dia.. pas tu trus dia tnye.. keh nk start rini pn boleh.. hah?? yeyepon kasi la esok ke kan.. so ak start next day nye.. jumaat tu smua staff dia bz.. de event nk kne handle.. so ak terkapai2 la kat opis sambil buat kje aku gune microsoft access yg ak x penah blaja gune pon sebelom ni. adeh.. jenuh aku tekan sana tekan sini.. hehe.. esok cuti nk blaja tutorial access online la.. so isnin senang la ak nk buat kje aku.. lagi2 ni la first time aku kerja dlm opis.. cuak babe..

pengalaman firs tday aku...
part paling sengal delah bile jawab call.. si pemangil: 'hazs tlg pangil athar'
aku: erm korang siape ye yg namenye azhar?? (muke blur)
saksi kejadian 1: athar ko kut..
athar: dgan muke blur ambil call tu dr aku
aku time tu da trsipu2 malu.. bangang.. nasib x de sape yg terbahak2 kat situ.

kejadian ke2
hazs akak nk kne g opis ag satu.. nah kunci.. kang tutup kan opis yer.. adoi.. aku da la first day sini tngal kan ak sorg2... dah soh tutup opis.. x takut ke opis ni licin next day nye.. hahaha... ok2.. ni ok ag.. tutup opis pe dehal der..

tp yg malangnye time aku sorg2 tu la ramai no yg datang mintak petunjuk arah.. nak hantar barang la.. adoi.. da la ak x dapat ape2 tunjuk aja hendle opis pagi tu.. ' sory yer sir. staff yang handle ni x de.. and bla2.. adoi...

paling kantoi bile NST call.. tnye time n tempat tuk event ari sabtu.. aku blur cz satu butir pasal event tu ak x di beri tau.. cit.. rase cam orang bongok tul time tu..

tp yg cool nye staff sane baik2 and cool.. kat sykt ni.. dr bos ke pekerje smua lingkungan 30an kebawah.. kebetulan time aku nk tutup opis si aiman balik opis ambik barang.. so dia yg tlg aku tutup opis. and dlm smua staff dia yg banyak kali cam nak teggur and sembang gan aku.. and tak lupe jugak.. dia pon yg ensem dlm opis tu.. hahahaha ;P

time aku dok sowang2 kat opis tu.. ni la kje aku.. selain aku on9 fb eh..eh salah.. buat kerja..ehehehe


Thursday, August 19, 2010

Surat Seorang Ibu

video ni sangat sedih. kesian mak dia tak sempat sampai hajat tuk bergamba bersama anak-anaknye. so terharu.

aku tersentuh tengok video ni. teringat time aku belajar. paling malas nak call rumah. sampai mak perli-perli pon aku boleh buat bodoh je. tak tau la mak kecik hati ke time tu. mom im so sorry. hazs tak penah tak menghargai pengorbanan mak. i love u always mom.

kadang-kadang aku terasa aku menderhakai kedua orang ibu bapa aku. tapi that time betol aku ade masalah sikit. aku bukan jenis yang suka mengadu kalau ade masalah ke ape. aku akan sedaya upaya settle kan sendiri. aku cuba bagi clue supaya mak faham. tapi aku tak rasa dia memahaminya. bila aku cerita aku jumpe counselor mak tak penah ambik peduli. bila mintak izin, counselor aku nak ajak aku jumpe psychologist.. mak macam marah. buat ape nak jumpe diorang tu!!.. :(( haha.. korang mesti ingat aku gile kan.. hahaa..

akhirnya aku berhenti jumpe counselor cz aku rasa takde kesan pun. and kesian pulak tgk miss. tu bingung dengan masalah aku yang aku sendiri kurang pasti. eh..eh.. pasal pulak melalut kesini pulak kan.. haha..

by the way aku nangis tonton video ni. terharu dengan pengorbanan seorang ibu. macam selalu aku dengar. seorang ibu boleh jaga 10 orang anaknya. tapi anak-anaknya belom tentu mampu menjaga seorang ibu. ermm betoi ke ayat nye macam ni?? :P

to all yang ade mak lagi dan untuk peringatan aku sendiri hargailah mereka sebaik mungkin.. selagi mereka masih hidup. bz mana pun kita, adekan lah masa untuk call and spend time dengan mereka. i love u mom ^_^(hugg)




Tuesday, August 17, 2010

If u love me let me know. If not please gently let me go.


owh hati.. kenapa semakin keliru?
kenapa tertanam niat untuk mengakhiri kisah bersamanya.
kenapa telampau cepat untuk berputus asa.
kenapa kini baru terasa?

sebelum ni dia x call or sms 2 minggu pun tak kisah. sebab aku tau dia keje
lagi2 tempat kje nye tak de line..
tapi sekarang dia da balik. tapi kami masih jauh..
tempat kerja barunya pun tengah bandar.. tentunye line sentiasa tip top.. tapi apasal.. fon nye 24jam off.

hal ni buat aku sangat-sangat jauh hati dengan nye.
marah?? tak aku x penah marah.
kami tak penah gaduh.
aku x penah jelous or mengonkong.
same la sepertinya. kami bebas berkawan

aku: pasal pulak nk putus kite orang tak penah gaduh
adik: couple gaduh pasal tu la.. sebab tak msg or tak call and bla3...
aku: tapi.. org panas hati time ni je.. bile dia da call org sejuk je balik.. cam biase je..
(adik macam biase.. terus menyampah dengan kebodohan aku)
aku tak boleh salahkan adik. dia pendengar setiaku dikala aku merungut dan membebel.

aku tak tau la. bodoh ke aku menunggu.
adekah aku sedang ditipu.
adekah sidia memerlukan aku dalam hidupnya.
atau.. smuanye pendustaan semata-mata

aku masih menunggu pangilan darinya. atau pun msg perkembangan terbarunya. kesihatanya.
dah 4 hari tanpa call dan msg bertanya kabar. bahkan mengucap kata sayang.
takpe la.. dia busy.. penat balik kerja terus tido
hurm yerlah.. walaupun aku punya sifat memahami dan relax. tapi aku bukan bodoh untuk diperbodohkan.
terlampau banyak KENAPA dalam kepala otak ni. tak dapat diluahkan.

hal ini aku tak pernah bincangkan dengan mane-mana kawan aku.
aku pun tak tahu. bila masalah macam ni timbul aku tak tahu dengan siapa aku patut mengadu.
aku rasa macam aku tak punya kawan langsung sepanjang 22tahun ni.
atau aku tak sedia mendengar nasihat rakan-rakan yang kemungkinan besar beri aku dorongan untuk move on.
tak aku tak takut move on. cuma aku belum bersedia untuk meninggalkanya. mungkin aku belum jumpa orang setanding dengan nya. yang dapat buat aku tenang dan tersenyum.
atau mungkin juga kerna aku seorang yang sangat egoist dan berhati kering.. tak ramai yang mampu mencairkannya.

Love The Way You Lie - Eminem (ft. Rihanna)
bagi aku sangat sesuai dengan keadaan aku sekarang..
sebab aku sememangnya sedang menuggu alasan kenapa dia off fon dia
dan membenarkan diri aku ditipu untuk sekian kalinye..




Friday, July 30, 2010

kanak-kanak dirogol pemandu bas (bunuh sahaja pemandu tu)

PETALING JAYA: A school bus driver allegedly raped a 10-year-old girl in full view of other pupils in the bus.

A kindergarten teacher who was passing by heard screams for help and alerted members of the public, who caught the 51-year-old driver red-handed.

The incident took place along Jalan Othman, Petaling Jaya, at 12.40pm on Monday.

It is learnt that the driver had stopped the bus by the roadside and approached his victim. He forcefully undressed her in front of the horrified children.

He then forced himself on the terrified girl.

People who went to the girl’s aid grabbed the man and bashed him up before handing him over to the police.

Meanwhile, another pupil, aged 12, lodged a report alleging she was molested by her school van driver in Kelana Jaya.

The 6.45pm incident allegedly took place near a disabled welfare centre when the girl was alone in the van and on her way to extra classes.

The 37-year-old driver allegedly grabbed her from behind and fondled her private parts.

The girl put up a fierce struggle and managed to free herself before running off and screaming for help.

The driver who chased after her gave up when he saw her seeking help from her friend.

Petaling Jaya OCPD Asst Comm Arjunaidi Mohamed, who confirmed both cases, said police are looking for the van driver.

“The bus driver has been remanded until tomorrow.

Selangor police chief Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar said a special task force has been set up in light of the two incidents.

from thestar online july 29 2010.
____________________________________________________

kau nak aku cakap ape.. kes cam ni da banyak sangat. aku mencarut bodoh2 sekalipon. makin hari makin ramai binatang bertopengkan manusia kat muka bumi ni. masalahnye kau ni hati kat mane. kalau dah horny sangat.. lol g la pusat pusat urut yang tumbuh bak cendawan skarang ni. tak perlu la nak rogol budak kecik yang gile lemah. tak setaraf dengan nafsu binatang kau tu.

kau tak pikir ke masa depan budak-budak tu.. tak kira mangsa kejadian or tukang saksi. fobia diorang seumur hidup. macam mane mereka nak percaya kan orang dewasa. macam mana diorang nak hormat yang lebih tua. tak kan satu masa nanti. kanak-kanak hanya di rumah. dan semua sesi pembelajaran di lakukan secara on9. da semua manusia tak dapat dipercayai.

kalau zaman aku sekolah. pakcik2 driver ni la paling aku percaya. kalau kene gangu or ape-ape. tapi.. masa kini da macam ni. macam mane masa depan time bakal anak2 aku sekolah. kau tak perlu fikir kan aku. tapi. kau bayang kan kalau anak kau berada kat tempat budak tu. kecik2 lagi da dirogol. time tu baru la kau tau kau seorang yang gila. dan baru nak menyesal. tapi.. aku tak doakan anak2 kau terlibat dalam jenayah yang sama. aku harap mereka selamat.. kerana yang patut dihukum adalah kau bukan mereka.

jadi tuk parents yang ade anak2 kecil yang naik bas tu.. awasi la driver anak2 anda. aku rasa. setiap bas sekolah perlu ada 2 orang dewasa. satu pemandu (laki) dan si peneman(perempuan) mybe bini si pemandu. supaya kes macam ni dapat dikurang kan. so parents and kanak2 itu sendiri akan berasa sedikit selamat. mungkin ini dapat mengurangkan kes2 macam ni.. siapa tau.

Wednesday, July 28, 2010

berita gembira


yey hari ni hari yang paling gembira aku rasa.. mne tak nye.. petang tadi aku dapat sms dr USM. kata aku layak tuk ujian saringan tuk jawatan p.peg perpustakaan.. dalam happy ade gementar.. cuak smua pon ade.. huh akhirnye...

eleh baru ujian saringan je nak kecoh-kecoh kan aku ni.. ingat kan da dapat surat lapor diri.. blom kompem dapat tu ag.. dah.. dah g study.. hehehe.. yer la.. dlm kecoh-kecoh aku kasi tau smua org aku dapat pangilan saringan. de membe aku dah pun dapat pangilan lapor diri tuk jawatan yang sama kat uitm bandar penawar.. ermm mne tu ek.. hehehe somewere in jb klu tak silap.

to epin... TAHNIAH. best ye da de member sekuliah yang bakal start kje.. mesti member2 yang still study deg tu jelous same ko la epin.. hehehe..

hah pasal ujian aku ni pulak. 3/8 ni examnye... otak aku da beku tak study nak dekat setahun.. da lupe smua yg aku belajar dulu. ni kne start selongkar balik buku buku notes ni.. hehe.. nasib la aku blom lelong kat paper lama.. hahaha...

yang kurang best nye aku tak dapat nak kongsi kegembiraan aku dengan mr.dy aku. hah dia baru je lepas call aku semalam.. hurmm.. kne tggu dua mggu ag baru dapat share crita ni.. hahaha.. dah basi la jawbnye... hehehe..

oh pasal ape yang ak dok happy sangat ni ye.. mesti korang blur gan kesewelan aku ni.. walau pon yang aku dapat ni just ujian saringan.. tapi ni la ujian saringan aku yg pertama... sblom ni mne penah aku g interview ow exam tuk kerja gov ni.. so korang smua doakan aku lulus dan dapat kerje ni yer.. hehehe

Sunday, July 25, 2010

manusia hantu


WARNING: entry ini merapu dari luahan hati yang kasar..

eh kau. kau ade lah memantu lelaki pertama dalam rumah ni. tp bukan bermaksud kau boleh bertindak melampau. ya benar... aku amat hormat kau sebagai yang lebih tua. kerana dulu kau berbaza. kau seorang yang boleh diangap abang.. kerna kami adik beradik semua perempuan. aku hormati kau. aku kagumi kau sebagai seorang abang. tp kau kini berubah dengan ketara.

ape hak kau untuk naik suara dengan mak aku. kau hanya menantu dan kami adik beradik tak penah menengking mak kami sedemikian rupa. yer memang. dia anak kau. kau berhak memarahinye. memukulnye. tp ingat kau ketika itu berada di mana. dan anak itu tidak melakukan kesalahan yang begitu besar sehingga kau layak mengheretnye keluar rumah. haish...

macam la aku tak tau yang kau datang ke sini kerana mak kau di kampung juga merajuk dengan kau. kini kau nak buat mak aku pula terasa hati.. hey kau jangan ingat kau bagus sangat. yer.. aku tak kisah kau hanya melaksanakan kerja kampung sebagai punca rezeki. sekali untung belipat-lipat ganda. tapi dengan sikap kau yang pemalas tu... da untung.. da tak mau kerja. tunggu da kering baru nak terhegeh-hegeh berusaha.. mana nak berjaya.

kau duduk dengan parents. tu sebab perut kau sentiasa berisi. hey ingat kau da berbini. dan punya dua orang anak. kau juga duk perli-perli bini kau. heh kau lupa yer.. kredit kad. kereta besar kau pakai sekarang.. semua duit bini kau. kau ingat la.. bini kau tu kerani biase je. duit bukan banyak nak tangung kau dan anak2.. eh.. terbalik lak.. sape tanggung sape ni.. hurm.. yang kelakarnye kau masih mampu mencabar tuk cari yang lain.. eh.. kau nk pakai ape tuk tanggung bini lagi satu ni. batu?

kau baik la berubah balik. aku tak tau la mana datang punca baran kau ini. kau dulu setahu aku bukan begini. dah de anak dua tiba pulak nak jadi baran tak tentu pasal. bila orang nak bawak kau berubat. kau tak mau. jadi.. sendiri mau ingat. kau berada di mana. ape kau perlu buat. jangan sampai orang keliling kau hilang respect dengan kau sudah.

aku nak tengok drama raya yang kau akan buat time salam pagi raya nanti. tak tau la skrip ape yang akan terpancul keluar diri mulut kau itu. harap ia suatu yang penuh makna di mulut juga di hati. kerana kau masih belum telambat lagi untuk berubah.

Friday, July 23, 2010

lesen plz

Sepasang suami isteri yang agak veteren sedang dalam
perjalanan. Isterinya memandu kereta sedang mereka
melalui sebuah highway. Mereka di tahan polis.
Ikuti perbualan mereka bersama dengan polis tersebut.

Polis : Puan... Puan tahukah... bahawe Puan memandu
melebihi had kelajuan.

Si isteri memandang ke arah suaminya lalu berkata.

Isteri : Bang....polis tu cakap ape?

Si suami sudah masak dengan masalah yang menimpa si
isteri. Isterinya mengalami kekurangan
pendengaran. Maka terpakse la si suami menjerit kepada
si isteri.

Suami : Dia cakap kamu bawak kete laju sangat!!!

Polis : Puan mintak lesen memandu.

Si isteri sekali lagi memandang suaminya.

Isteri : Dia kata ape bang.

Sekali lagi si suami menjerit.

Suami : DIA MINTAK LESEN KAMU!!!

Si isteri memberikan lesen memandunya kepada polis
tersebut. Lalu polis itu berkata.

Polis: Ooo..kamu dari Parit Besar, Johor [bukan nama
tempat sebenar]. Saya dulu-dulu mase muda-muda dekat situ,
saye penah blind date dengan sorang minah paling
huduh sekali yang pernah saya nampak.

Sekali lagi si isteri memandang kepada si suaminya.

Isteri : Apebende die kate bang.

Dan si suami menjerit berkata.

Suami : DIA KENAL KAMU!!!!


Polis : HUHH!!!??

Wednesday, July 21, 2010

rindu ku untuk kau dan dia

eh.. no..no.. im not cheating on you la. n_n


aku merindui sesuatu yang hilang untuk sementara waktu.
aku tahu ia pasti akan kembali lagi.
memekarkan lagi hati yang sunyi.
cuma waktu belom pasti. kerna ia jauh dari sisi.

tapi dalam masa yang sama
ku amat menyukai dan menyenangi perganti yang hilang.
walau aku tahu ianya suatu yang tak perlu terjadi.
temaninya aku dimalam hari hingga pagi
memecah kesunyian hati walau sekadar dialam maya ini.

sang peganti tak perlu tahu apa yang terbuku dihati.
kerna dia hanya penyinggah sementara memeriahkan hari ku ini.
dan hati ini telah pun dimiliki
dan kesetiaan ku menunggunya pulang masih utuh dan kuat lagi

p/s ni tak di pangil curang kan.. wakakakaa ;P

Tuesday, July 20, 2010

bahaya hernia pada lelaki


kali ni aku nak share pasal penyakit hernia. eh bukan aku da jadi doktor ke ape. cuma penyakit ni sedang hangat dibincangkan dekat rumah ni. ade si bapa yang degil x mau g hospital tuk buat pemedahan. so si anak terpaksa la google tuk tau pe penyakit yang dihidapi oleh ayah. so ni yang aku dapat.oh ya.. sorry la klu gambar-gambar kali ni agak censored.. cz ni penyakit lelaki. so pic tut..tut.. terpaksa mencapap sikit-sikit.

apa itu hernia?

sejenis penyakit yang menyebabkan usus perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan. penyakit ini biasanya kene dekat kaum lelaki 10 kali ganda berbanding wanita.

kesakitan yang dihidapi oleh pesakit hernia bergantung pada besarnya bonjolan. sakit ni akan lebih terasa-rasa apabila pesakit membuang air besar, batuk atau pon mengankat berat yang memberikan tekanan pada rongga abdomen yang lemah seperti pada daerah trigonom hekselba, femoralis, dan anulus internus.

doktor pon memang menasihat kan ayah tuk jangan angkat berat. so yang jadi mangsa angkat berat-berat aku la. tong gas pon aku leh angkat. peh kuat tak aku.. haha. lagi setiap kali aku masak bende yang boleh buat satu rumah bersen. tingkap, pintu dan penyedut udara mesti kene pukak. yer la. ayah kate kalau time bersin kuat-kuat.. dia rasa seperti usus tu cam terkoyak. ce korang bayangkan..

hernia ni boleh terjadi dekat bayi atau pun orang dewasa terutama yang berusia lanjut. so untuk kes ayah aku ni. faktor yang menyebabkan penyakit ni berlaku kerana otot dinding rongga, misalnya perut, yang lemah atau dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat.

hernia ni ade 2 jenis.

Internal Hernia.
yang aku paham hernia dia tak tertonjol keluar. just membengkak dalam badan. kakak aku menokok tambah fakta. katanye kalau hernia ni pecah so badan akan tercemar dengan najis or makanan. than bercampur dengan darah seterusnya meracunkan diri end nye mati.(kata-kata cikgu sains yang berimajinasi tinggi)


External Hernia :
hernia tersebut boleh dilihat dengan mata kasar terbonjol keluar dari perut yang muncul di lipat paha ataupun daerah pusat. yang ni ngeri.. aku da sedia kan gambar tuk rujukan korang.. haha.


macam penyakit kenser. hernia ni jugak ade peringkat-peringkatnye. semua nye ade 4 tahap. hernia pada tahap 1 hingga 3 tonjolan mula berlaku. dan berlakunye penyempitan pada usus. tapi kalau da sampai tahap 4 parah dengan pembuluh darah mula tersepit. pesakit akan rasa mual dan muntah, tidak lalu makan, perut kembung dan tidak boleh buang air besar, demam dan dihidrasi.

hanya pemedahan je boleh menyelamat kan pesakit ni kalau tidak pembuluh darah di daerah tersebut akan mati dan menyebabkan racun terkumpul yang kemudian akan menyebar ke pembuluh darah. Akibatnya kuman dan toksin berkumpul di dalam darah sekaligus mengancam nyawa.(ade betoi jugak cakap cikgu sain tu)

pencegahan daripada berulang.(lepas pemedahan)
pesakit still tak boleh angkat berat-berat.(takpe ayah.. anak pempuan ayah sorang ni kuat.. ahaha) perlu berhenti merokok dan kalau sukar membuang air, segera berubat dan menurunkan berat badan.

Jangan mengurut Hernia kerana ia adalah sangat berbahaya. Tekanan ke atas Hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah, boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut.

hah ni yang paling si isteri marah kepada si suaminya. bila sakit sapu minyak urut. than urut2 dekat bahagian tu. ish.. degil..degil.

p/s ini post atas dasar keperihatinan seorang anak.. so sape2 yang tau pasal penyakit ni.. kongsi-kongsi la yer.

Sunday, July 18, 2010

suara tengah malam

jam 1 pagi memang biasanya rumah aku da gelap gelita kecuali bilik aku yang masih terang dan bising lagi. aku keluar dari bilik untuk membasahkan tekak. dengan diterangi lampu yang samar-samar diri bilik air.. aku pergi la dapur untuk minum dan maybe boleh dapat ape2 habuan makanan ringan yang boleh mengalas perut aku time malam-malam ni..

sedang kusyuk mengeledah peti ais.. aku terdengar suara sayup-sayup dari ruang tengah rumah aku. kelihatan mak dan adik tertidur disitu.. aku diam terus mendengar mana punca suara tu.. ni first time kejadian macam ni berlaku dekat aku.

selama ni aku bangun jam 3 4 pagi ok jer.. aku teringat kate-kate orang tua yang klu bulu roma tegak mean bende tu ade la. tp tak meremang lak aku time tu.. than aku bayang kan movie-movie seram dari malaysia.. trus aku tersenyum.. oh tak pe.. hantu hantu kat sini rupa nya tak la seseram mane kot.. entah-entah suara tu suara mak tengah berzikir... so dengan buat muka blur and malas da nak fikir bukan-bukan.. than aku pon masuk balik bilik dan sambung online sampai jam 5pagi..

cakap pasal hantu.. kawan-kawan aku pon sometime pangil aku hantu.. owh bukan sebab perangai aku yang macam hantu.. aku ni budak baik-baik saja.. (ok.. perasan.. hahaha)

gara-gara picture ni la aku start dipangil hantu...

ni bukan pic hantu.. hantu mne ade pakai tudung. saje je tringin rasenye nak de gigi taring, muka putih and mata merah.. (gamba lama)

ni gambar time aku stress.. so tolong jangan buat aku marah.. (gambar lama)

heh malaysia ni panas. maybe klu lupa pakai moisturize kulit muka boleh jadi macam ni kut..

ni rupa kalau aku comot. tak mandi sebualan..

see.. mne datang nye hantu?? tak de pon niat aku nak menghantui korang. sometime aku dapat gak pujian cz pic ni bagi diorang not bad. thanx yer korang.. tapi ade jugak sampai maki aku kate aku nak jd hantu sangat.. lol..

p/s.. gambar2 tu hak milik peribadi ek.. tolong jangan save.. thanx.

Saturday, July 17, 2010

reason: way only show ur face??

kalau korang perasan.. profil picture slalunye orang akan letak muka.. tak letak pic penuh.. penah tak agak kenape?

aku pon suka letak picture muka sahaja as profile picture.. yer la.. klu picture full macam mane orang nak cam.. muka jauh sangat... dah tu nampak kecik jer.. macam mane nak tunjuk muka korang yang habis handsome ow lawa tu...penat je kontrol ayu... hah so macam ne... alasan boleh pakai tak.. :D

tapi penah tak korang terfikir macam ni..



haha.. kantoi.. salah satu sebab aku display muka jer cz ni la.. hehe.. no one perfect kan...

repekkan nasihat

aku kurang sihat 2 3 hari ni... dah dua hari tak tido dengan teratur.. tangan menggeletar. sakit kepala. mata merah.

nessa: weh ko baik tdo kang sakit masuk hospital susah.. ak da la fobia hospital'..
aku: ala x pe la.. ko just dok kat gate hospital.. ambik gambar.. than.. mms kat aku sebagai bukti ko datang melawat.

faizal: membe ak dulu pon cam ni gak susah tidor.. tidur tak terurus.. last trus kne insomnia.. tp dia tak mo telan pil tdo takut pulak ketagih.
aku: hah yer ke.. tak mo la smpai kne telan pil. hish.. kene betui kan time table tido aku balik la ni.

wan: weh ko ok tak ni.. aku nampak ko macam penat je ni.. cam lemah jer.
aku: eh macam mne boleh ko nampak aku.. aku ok jer.. cume tangan menggigil sikit je ni.
wan: aku tau. thats way la aku tanye ko tadi.
aku: ko tak nampak.
wan: kalau aku tak nampak. buat ape aku tanye
aku: siut je ko.. ko agak-agak aku tengah buat ape.. (sambil mengorek2 lubang hidung)
wan: siut je mu. aku pakai ilmu aku betoi2 kang.. aku rase je la wei. bayang tu datang la.. hurmm

siut je wan ni.. nak pakai ilmu agak2 r.. gan mmbe pon nak nampak bayang jugak ke..
gile scary..
btw.. thanx to member-member aku yang prihatin n menasihat kan aku tuk tdo.. sayang korang lebih sikit la.. yer yer.. aku tdo ni..

jam6am. dr smlm tak tdo.. de la kemajuan kan... hahaha

Thursday, July 15, 2010

jom skodeng!!!

hari ni macam biasa.. idup aku semakin lama semakin bosan.. poket makin berhabuk duit tak masuk-masuk. mlm semalam tdo jam 6am. wah aku rasa semakin lama mengangur semakin lewat aku tidor.. sesuai betol la member2 laman sosial aku pangil aku hantu ow vamp. haha.. haik bangga pulak orang panggil dia hantu kn.. pelik..pelik.. tapi nama tu wujud cz bersebab. cz aku suka edit muka aku serupa hantu.. hurmm.. cam na la rupenye kan.. hehehe..

bukan pasal ni aku nk cerita sebenarnye... aku nak cerita misi skodeng aku siang td yang ending nye mengecewakan aku.. eh.. bukan orang skodeng slalunye malam2 ker?? hekhekhek...
ok..ok..okeh... back to the story... tengahri tadi panas sangat.. tengah dok best hadap leptop. ayah call mak. kate klu nak tgk musang mai rumah satu lagi. rumah tu just selang 2 rumah je dari rumah ini.


tengah layan perasaan atas atap..

uuuuu.... chakk~~~ :D

comel kan musang ni.. ayah kate ni yang jantan.. tengah tunggu line clear tuk turun situ cari air. tp aku punya la tggu berjam-jam.. hehe actually sejam jer... menyorok dalam rumah tggu dia turun dari situ.. tak jugak turun.. tu yang kecewa sangat.. misi tak selesai..

musang ni la yang aku dengar bermain-main atas atap 2 hari lepas.. scary je bunyinye... hehehe... eh..eh.. rumah aku bukan area kg ek.. tp taman perumahan.. so aku pelik gak la pasal de musang leh sesat sampai sini...

p/s notes for kanak2 yang bermain malam tu.. korang hati-hati la.. kang ade yang kene terkam.. nampak kat sini kecik jer.. sebenarnye besar tu..

Friday, July 9, 2010

i voted today


sebelum sempat otak memberi respon... si jari jemari laju menaip sms yg sngat ringkas yg mngandungi 3huruf dan 2angka.. ups.. send..

RM1.00 thank you for your votes. vote as much as you can to support your teen idol'10.

gile.. dr baki keredit rm9.10 trus jd rm7.95...
trus ilang mood.. pasal pulak lebih dr seringgit mau potong.. siut jer.. mnyesal aku vote..
ni kes semangat nak vote for yoo shin la.. abis kredit tak semena2..
arggg~~~



p/s> btw good luck yoo shin hope u becoming the next teen idol.

Tuesday, July 6, 2010

the night we spend together

i will be with you and listen to you


i still remember the night when u overnight in the airport.
i accompany u by talking with u on the fon...
till 4am.. coz i know u need me.
but now when i ask about it... u don't even remember that im with you that night.
thats make my hearts hurts...

but its ok i hope u will remember our second night together...
talking on the fon till 5am.
you on the hospital bed
we talk about everything than we laugh
till the nurse ask you to be silent.
and you just smile to the nurse and continue talked to me until we run out of credit

Monday, July 5, 2010

kerunsingan yang tak dapat dibantu

macam senang je dia berkongsi cerita. macam ape yang dia lakukan bukan suatu kesalahan yg besar. aku paham dia bukan lah sama agama dengan aku. tp dia merlakukan nya dengan gadis seagama dengan aku itu bukan suatu yang aku setuju. walaupun aku tak setuju bukan aku bermaksud untuk menghina dan mencaci. cuma aku tak memuji.

dia menyuarakan yang dia dalam dilema. kerana seorang tak teruna telah terlanjur dengan seorang dara. dah telanjur.. tiada jalan untuk berpatah balik kawan. kini kau sebersalah kan. aku tau.. aku faham. abang sigadis merupakan sahabatnya. takut-takut diketahui dan akan dicincang sampai mati.

dia begitu rungsing sampai memilih jalan akhir untuk memutuskan perhubungan dengan sigadis. loh kau da tau buat kawan sila la tanggung. aku kat sini tak menyokong serta membangkang. aku juga x mengunakan emosi untuk berkata-kata.

dia memerlukan pendapat aku. dan aku cuba membantu. tp akhirnya aku menemui jalan buntu. kerana perlakuan dia ini bukan suatu yang pernah wujud dalam kamus hidup aku. dan sememangnya aku menyangkal dan diminta dijauhkan dr segala kejadian begitu.





Friday, July 2, 2010

tak tercapai dek akal

dulu.. semaktu kenal
aku dak epoh dan
kamu dak kedah. study kat sabah.

kini
aku dak epoh dan
kamu kat sabah. kerja kat brunei.
and now.. ur parents pun pindah sabah!!
what the eff~~

percintaan yg matang penuh halangan..
so saba je la yer.. hurmmm


Monday, June 28, 2010

TAKZIAH. untuk suatu pemergian

"salam. mak hakim bru meninggal. sedekah fatihah.."

msg tu membuat aku betul-betul tersentak.. sirius ke ape.. x penah pulak aku dengar mak dia sakit.. msg tersebut aku terima dari member aku sue merangkap gf hakim.

kali pertama dan terakhir aku jumpa mak hakim ni time raya tahun 2006. dah lama kan.. tp tiba-tiba memory itu jadi mekar di ingatan. aku masih ingat parents dia bersembang dengan aku.. mak dia sangat peramah. macam berkenan je dengan aku... ok la.. time tu aku dok minat kat si akim ni.. so aku rasa seperti tengah melayan bakal ibu mertua aku.. hehe..

aku masih tak tau ape yg berlaku sebenarnya. tp dr cerita gf dia. aruah dimasukkan ke hospital sehari sebelum meninggal. cz pengsan kat rumah.. than coma. siang td jam 230petg aruah meninggal. kejap sangat masa yang diberi aruah tuk anak2 beliau memohon maaf dan prepare diri tuk kehilangan bunda yang tersayang

melihat hakim menangis sewaktu mak nya dikapan kan. sedangkan ayahnya relax menerima ketentuan tuhan. aku tak fikir pun yang dia seorang lelaki yang lemah. tp aku dapat rasakan ape yang bermain di fikiran nya..

sebagai seorang anak yang kehilangan ibunya secara tiba-tiba.. mesti dalam hatinya ada kekesalan. maybe sebab pernah trlantang suara dengan maknya.. menyakitinya, membuat nya terasa hati dan paling terkilan jika tak berkesempatan memohon maaf.

hakim sepatutnya balik uum hari ni. dan akan start sem baru.. so macam ne dengan focus dia nanti. adik dia pulak spm tahun ni.. mesti suatu cabaran yang besar untuk dia.

aku doakan mereka sekeluarga akan menjalani kehidupan ini dengan tabah dan harap perangai hakim yang ceria sebelum ini tak kan hilang. tuk aruah.. aku mendoakan agar rohnya ditempat kan bersama-sama orang yang beriman di sisiNYA. AMIN

Friday, June 25, 2010

pasangan kekasih yang mati lemas

lama dah tak update blog walaupun duk hadap leptop ni sepanjang hari... bukan x de kisah yang menarik.. tapi tak dapat diungkap kan dlm penulisan.. tp hari ni tiba2 pulak rasa nak update lepas menyaksikan pasangan kekasih yang mati lemas pagi tadi..

pagi ni mendung.. hujan renyai-renyai so rasa tersangat lah malas nak lekang dari katil... tp kebetulan hari ni mak keluar.. ade lawatan menjenguk anak-anak yatim so.. dapat la bangun lewat sikit.. hahaha :D

kembali pada kes mati lemas tu... pagi ni time nak basuh tudung yg aku rendam semalam.. tiba-tiba aku perasan ade bende melekat kat tudung aku... Arrrrgggggg~~~ bangkai CICAK!!!! dah pucat n kembung... ok geli.. time tu dah gelabah ayam x tau nak wat ape..

dengan tutup idung dan mata.. ala-ala ngintai la~~ ambik chopstik kayu (chopstik tuk masak bukan untuk makan punya) than sepit cicak tu tuk asingkan dari tudung aku.. owh ya si lemas rupanya bukan berseorangan rupanye berdua... dan proses ini mengambil masa selama 15 minit... dan 5 minit aku berfikir antara nak trus campak tudung tu masuk mesin basuh ow aku basuh tangan atau pun buang jer tudung tu...

nak buang tak mungkin kut coz its my fav. so bilas tudung tu.. than bubuh sabun banyak-banyak bilas dan bilas lagi sampai kopem bersih... baru campak masuk mesin basuh... owh smua tindakan tu mngunakan chopstik... x berani nak pegang ok.. hehehe

owh ya... pasangan tersebut akhirnya aku semadikan dalam tong sampah... (lega)

p/s >> mungkin pasangan cicak tu bunuh diri akibat cinta yang terlarang... yang sakit nye aku.. tak tau cam ne nak pakai tudung tu nanti... abis la berbau bangkai... arggg~~~~ :'(

Tuesday, March 16, 2010

kehebatan si lelaki


Pahal ye laki... kau suke ye wat seorg perempuan menangis kerana ko... da tau ko da de gf ko mau lagi membuat seorang gadis yg mmg ko tau da ade hati kat ko tergile2 kan ko semula... dikala si gadis mula ingin melupakan.. ko datang dgn mmberi harapan palsu dengan menyemai bunga2 dihati sigadis.. kemudian ko pijak2 bunga tu dngan membuatnye menangis.... hebat ye kau..kau kata kau menyanyangi si gf.. tp masih kau ingin mengatakan bahawa kau takut kehilangan sigadis dan memerlukan sigadis d sisi ko... wah tamak nye kau lelaki...


to my sis.. i hope u move on.. n lupe kan r dak laki tu... xkan nak tggu 1000 kali terluka baru mengambil keputusan utk melangkah pergi... memang aku yg hanya berkata2 senang dan kamu yg menangung nye amat pedih.. tp kamu juga berhak d hargai...




Wednesday, January 13, 2010

aku bukan lagi student

akhirnye jalan ni yang aku pilih
untuk berjauhan dengan rakan2
dan menjalani kehidupan dewasa

aku kini bukan lagi student
yang bengantung hidup dengan duit ptptn
tp hidup dengan perlu membayar hutang2 tersebut
tp sampai sekarang
aku masih x dapat lagi mnyesuaikan diri
sebagai seorg yg perlu memegang tanggongjawab yang besar

aku masih seperti dulu
berperangai kebudak budakan
mudah terhasut dan tertipu
masih mengharap tanggugan dr ibu bapa..

hasanah!! sila la dewasa...
be a grown up
tggl berapa bulan lagi kamu bakal meningglkan usia 21 mu ini....



Followers