Tuesday, July 20, 2010

bahaya hernia pada lelaki


kali ni aku nak share pasal penyakit hernia. eh bukan aku da jadi doktor ke ape. cuma penyakit ni sedang hangat dibincangkan dekat rumah ni. ade si bapa yang degil x mau g hospital tuk buat pemedahan. so si anak terpaksa la google tuk tau pe penyakit yang dihidapi oleh ayah. so ni yang aku dapat.oh ya.. sorry la klu gambar-gambar kali ni agak censored.. cz ni penyakit lelaki. so pic tut..tut.. terpaksa mencapap sikit-sikit.

apa itu hernia?

sejenis penyakit yang menyebabkan usus perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan. penyakit ini biasanya kene dekat kaum lelaki 10 kali ganda berbanding wanita.

kesakitan yang dihidapi oleh pesakit hernia bergantung pada besarnya bonjolan. sakit ni akan lebih terasa-rasa apabila pesakit membuang air besar, batuk atau pon mengankat berat yang memberikan tekanan pada rongga abdomen yang lemah seperti pada daerah trigonom hekselba, femoralis, dan anulus internus.

doktor pon memang menasihat kan ayah tuk jangan angkat berat. so yang jadi mangsa angkat berat-berat aku la. tong gas pon aku leh angkat. peh kuat tak aku.. haha. lagi setiap kali aku masak bende yang boleh buat satu rumah bersen. tingkap, pintu dan penyedut udara mesti kene pukak. yer la. ayah kate kalau time bersin kuat-kuat.. dia rasa seperti usus tu cam terkoyak. ce korang bayangkan..

hernia ni boleh terjadi dekat bayi atau pun orang dewasa terutama yang berusia lanjut. so untuk kes ayah aku ni. faktor yang menyebabkan penyakit ni berlaku kerana otot dinding rongga, misalnya perut, yang lemah atau dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat.

hernia ni ade 2 jenis.

Internal Hernia.
yang aku paham hernia dia tak tertonjol keluar. just membengkak dalam badan. kakak aku menokok tambah fakta. katanye kalau hernia ni pecah so badan akan tercemar dengan najis or makanan. than bercampur dengan darah seterusnya meracunkan diri end nye mati.(kata-kata cikgu sains yang berimajinasi tinggi)


External Hernia :
hernia tersebut boleh dilihat dengan mata kasar terbonjol keluar dari perut yang muncul di lipat paha ataupun daerah pusat. yang ni ngeri.. aku da sedia kan gambar tuk rujukan korang.. haha.


macam penyakit kenser. hernia ni jugak ade peringkat-peringkatnye. semua nye ade 4 tahap. hernia pada tahap 1 hingga 3 tonjolan mula berlaku. dan berlakunye penyempitan pada usus. tapi kalau da sampai tahap 4 parah dengan pembuluh darah mula tersepit. pesakit akan rasa mual dan muntah, tidak lalu makan, perut kembung dan tidak boleh buang air besar, demam dan dihidrasi.

hanya pemedahan je boleh menyelamat kan pesakit ni kalau tidak pembuluh darah di daerah tersebut akan mati dan menyebabkan racun terkumpul yang kemudian akan menyebar ke pembuluh darah. Akibatnya kuman dan toksin berkumpul di dalam darah sekaligus mengancam nyawa.(ade betoi jugak cakap cikgu sain tu)

pencegahan daripada berulang.(lepas pemedahan)
pesakit still tak boleh angkat berat-berat.(takpe ayah.. anak pempuan ayah sorang ni kuat.. ahaha) perlu berhenti merokok dan kalau sukar membuang air, segera berubat dan menurunkan berat badan.

Jangan mengurut Hernia kerana ia adalah sangat berbahaya. Tekanan ke atas Hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah, boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut.

hah ni yang paling si isteri marah kepada si suaminya. bila sakit sapu minyak urut. than urut2 dekat bahagian tu. ish.. degil..degil.

p/s ini post atas dasar keperihatinan seorang anak.. so sape2 yang tau pasal penyakit ni.. kongsi-kongsi la yer.

5 comments:

Ainil Hawa said...

saya ade internal hernia sejak lahir ! da bedah 7 thn lps! hehe
1 in a million x saya ? huhu

chibiehazs said...

yer ke.. bagus la awk da sihat. ayah saya degil xnak bedah. merisaukan je lah:(

suzzsuzie said...

adik sy baru je kena..tak tau la penyakit ni ke tak tp ciri2 tu dh ada..kesian dia dok tahan sakit...tq for the info ye

chibiehazs said...

@suzzsuzie
same-same...
eh baik g check cepat. bahaya simpan penyakit lama2 ni. hope adik awk tak ape2 la ye.. moga cepat sembuh.. :D

Anonymous said...

How do i import my blog to another gmail account?

Also visit my web blog ... vaginal mesh lawsuit

Followers