Thursday, November 7, 2013

Luahan Rasa




Bila seseorang itu menyapa
Meminta izin untuk mengetuk pintu hati
Rutin hariaan menjadi kekok
Banyak masa diluang untuknya
Tiba-tiba saja tersenyum sendiri sambil hati melonjak-lonjak riang bagai kanak-kanak
Lumrah hidup, hari yang mendung penuh duka pasti akan berakhir
Sinaran kegembiraan pasti akan muncul
Bahagia? Itu belum pasti, tapi insya Allah suatu hari nanti.









#nota panda

Monday, October 21, 2013

Hilangnya teman




Hari mendatang akan jadi sangat berbeza.
Hilang senyum tawa gila-gila
Hati pedih mungkin untuk seketika
Mungkin ianya terbaik untuk mereka berdua


Bila usia dewasa sememangnye aku mula sedar, persahabatan berlainan jantina takkan lama. Bila salah seorang jumpa pasangannya, pasangannya kemungkinan akan kurang selesa dengan kita. Mungkin mengundur diri adalah jalan yang terbaik. Mendoakan kebahagiaan meraka untuk kekal bersatu hingga ke jannah. Insyaallah

Wednesday, August 7, 2013

Bagaimana mendapatkan kulit cantik di pagi raya (Healthy Glowing Skin Remedy)

                        credit : http://www.fizgraphic.com untuk font selamat hari raya dan pelita tu :)

Yey.. esok dah raya…

Dikesempatan ni nak ucapkan selamat hari raya 2013 to semua yang terview blog post ni. Selamat pulang ke kampong dan harap dapat menyambut hari yang bahagia esok dengan orang tersayang.

Walau esok raya, tapi still kat dekat office lagi kerja sampai jam 5:30 petang (sobsob). Malam ni baru nak serbu KL Sentral naik train balik Ipoh. Ini raya pertama dengar takbir raya di perantauan.. selalu malam raya mesti dah ade siap2 kat rumah buat preparation untuk esok hari. Tapi Insya allah dalam jam 11:30 malam sampai la Ipoh.

Di pagi raya semestinya nak kelihatan bergaya dan cantik kan.. memandangkan malam ni akan kepenatan travel. so mybe boleh try beauty tips ni untuk manjakan diri sementara tolong mak didapur.. (dengan harapan dapat la glowing skin sikit kan.)


                       Healthy Glowing Skin Remedy



yey tak sabar nak try buat mask ni malam ni.. hehe.. selamat berhari raya. :)







Monday, August 5, 2013

what goes around comes around




Assalammualaikum,.

Ini kisah seorang kawan yang hanya berkenalan melalui online.
Seorang lelaki yang dihujung 20an yang mencari teman untuk bersembang atau mencari teman bukan sebagai kawan biasa.
Aku melayan nya sebagai teman online yang mungkin dalam list “not to bad to be my boyfriend”
Agak serasi bila aku dan nye bersembang.
Dia tak buat aku rasa annoying atau membuat ego ku tercabar.

Mungkin disebabkan bulan ini bulan puasa.
Allah ingin melindungi ku. Alhamdulillah.
Suatu hari dia mintak email YM ku, senang ber chat katanye.
Tampa dia sedar aku gunakan email yang diberi untuk menjejakinye di Facebook.

Agak apa yang aku Nampak. Kelihatan status nya Married with ______.
Aku tersenyum, tergelak.. lah kenapa kau begitu bodoh mengkantoikan diri sendiri?
Agaknye nak berskendle.. sila la bertindak bijak.
Nasib aku tak melayan lebih-lebih. Klu tak mungkin parah jugak hati ini.

Tapi lebih parah hati isterinya jika tahu semua ini.
Bila ditanya. Raya ni balik mana.. tak balik kampong wife ke?
“Eh tak kawin lagi la” katanya. “oh pic tu anak abang saya. September ni genap la setahun..”
Bila usya facebooknya. Itu anaknye sendiri.

Melampau sungguh lelaki ini. Kau tak mengaku isteri.
Kini kau tak mengaku baby tu anak kau?
Anak tu belum cukup setahun pun lagi. Kenapa cepat sangat kau bosan?
Hilang respect sungguh aku dengan kaum lelaki yang sebegitu. Memalukan!

Kemudian suatu ketika aku dapat satu message. “ini siapa… Jangan jadi perosak rumah tangga orang”
Hah pulak. Isteri dia pulak tahu. Allah bayar cash terus kat dia nampaknye
Memberi penjelasan munasabah dan terbaik untuk perempuan itu
Aku tak mahu hati wanita itu kecewa di pagi raya. Kerana aku juga wanita.

Dan aku juga harap penjelasan aku tak buat rumahtangga nya musnah.
Sebab aku juga baru tahu. Dan aku juga mangsa yang ditipu disini.
Dengan ringkas aku mohon maaf dan malas memanjang kan masalah ini
Aku tak da masa nak bergaduh pasal lelaki yang terutama bukan nya hak aku.

Aku jadikan ini sebagai pengajaran dalam hidup ku.
Jangan ingan lelaki sekarang walaupun tengah bahagia tak tipu yang mereka masih single.
Dan aku perlu berhati-hati semasa berkawan
Jangan sampai merampas hak orang.


Tuesday, June 25, 2013

Girl's Potluck

Helloooo all...........

Ceh perasan je ade orang baca blog ni kan. Update pon jarang-jarang. Mana ade orang nak datang. Sekarang ni macam tak de ape pon yang menarik berlaku dalam life aku ni. Still the same dari dulu sampai la sekang. Bangun pagi pergi keja balik sampai rumah jam 8, rehat-rehat sebelum tdo jam 11malam. Macam tu je la life aku setahun ni. Sabtu ahad pun kadang-kadang je keluar dengan rakan-rakan. Sangat membosankan kalau aku nak ceritakan.

Tapi semalam punya lunch agak menarik. Mungkin untuk sesetengah orang potluck tu adalah pekara biasa atau rutin bulanan di tempat kerja korang kan. Untuk aku sirius jakun. First time since aku start kerja sini. Ini pon bukan official potluck pun. Only kami gurls saja yang plan senyap-senyap.

Masing-masing bawak menu yang menarik. Boleh dikatakan lunch yang sangat sedap dan mengenyangkan.





Menarik kan??? Apa yang aku bawak ye?................


Aku buat Vietnam rice paper rolls. Sungguh sihat kan menu. Sebenarnye tak tau nak masak apa. Maklum la rumah bujang tak berpeti ais. Tak berpeluang aku nak masak best-best . tapi semua puji sedap. Yeh.. happy sebab ni first trial aku. Nasib menjadi. Korang pon boleh try. Sangat senang je nak buat. :)






Friday, February 15, 2013

i'm falling for you


Alangkah bestnye kalau ade yang nyanyi lagu ni dekat aku. so sweet.. rasa cam cair je hati ni dengar suara dia ni.. walau aku nampak kasar tapi hati lembut ni masih ada di sebalik benteng-benteng keegoan. ketagihan dengan suaranya buat aku dengar smua lagu dia kat youtube.. gerr~~

kalau nak stalk dia jenguk la kat sini
chestersee

Wednesday, February 13, 2013

Oh cuti panjang CNY

cuti CNY tahun ni aku ada 4 hari je cuti. cuti yang banyak agenda, banyak plot dan drama dan juga kenangan.

Day 1 hari sabtu: abang fatin punya wedding.. fatin tu bff adik aku. disebabkan xde yang rajin meneman adik aku g wedding abang kawan dia tu aku pon follow la tuk memeriahkan majlis,

menarik nya hari ni aku rasa cam ade pulak mata-mata yang memandang kami.. wow.. ada yang usya aku ke?? demn.. sah-sah aku perasan sendiri.. lempang nak ade orang usya ko.. klu cun tu takpe la jugak kan. dan bila di soal selidik lelaki yang aku perasan mengusya aku tu laki orang la pulak.. potong stim betoi la nak perasan.. wohoo..

sempat bergambar atas pelamin ambik berkat katekan.. hoho

Day 2 hari ahad: attand majils pertunangan cik sue. member time sekolah dulu.. ape ni smua orang nak kawin.. aku punye turn bila pulak ni.. miang da start naik ni.. hehe.. majlin pertunangan ni kecil kecilan je.. only sedara terdekat and bff je yg dijemput hadir.. dekak fb pon tak dibenarkan pos status mengenai pertunangan dia..ni kan nak upload pic.. nak kne penggal!! gila rasia.. haha.. budak ni memang berasia orang nye smpai kawan rapat pon tak tau dia ade bf.. bf dia buat ape kje mne.. ari ni tgk peh kacak tunangnye.. taniah2.. harap cepat2 la ke jinjang pelamin diorang tu..

muke yang bertunang tu x leh nak tunjuk.. rasia2 kecik kerajaan majapahit.. 
kalah artis cik sue kite ni.. hehe

sebelah malam nye pulak kite orang bz sangat sangat buat birthaday party untuk sikecik iman sufia anak akak aku yang nom 3.. selamat hari lahir yang ke 4tahun. dengan semangatnya kami adik beradi buat menu special punya... kite orang masak makaroni bakar, sushi beranika jenis and mee kari.. nyam.. masa untuk makan sampai muntah.. bahagianya dapat duduk kat rumah makan masakan rumah.. dah tak mau balik kl rasanya..


Day 3 hari isnin: what!!! aku demam.. oh no not on holidays.. :( tapi nak buat macam mana kan.. aktiviti sepanjang hari ni aku tido je la.. plan nak keluar gan kawan-kawan terpaksa aku batalkan.. sedihnye.



Day 4 hari selasa: hari terakhir cuti.. ikut plan asal aku balik dengan kak eda jam 10pg.. tapi something happend. mak pagi tu ade marhaban so mak da gerak pergi kenduri jam 930.. tak lama lepas tu dapat call dari mak mak jatuh moto. masyaallah rasa macam nak runtuh je jantung ni.. mak kata mak dah pergi klinik tapi klinik tak terima doctor suruh pergi hospital. dalam kotak fikiran aku ni bacam2 bayangan.. kerisauaan dia tak dapat aku ungkap. rupa-rupanya emak patah tangan kanan. aku dalam hati tahan sebak je. nasib kami tak bergerak balik kl lagi time tu.. klu tak confirm patah balik punya. hope tangan kiri mak yang patah tu akan cepat sembuh.. amin.
muka yang masih mampu tersenyum walaupun tahan sakit.. <3 mom="" p="" u="">

petang tu terpaksa la jugak balik menempuh jam sebab esok nya kerja. aku yang d KL sampai jam 9 kakak pula sampai pontian jam 12 lebih.. syukur semuanya sampai dengan selamat.

dan hari ni rabu: aku bekerja dengan mata membengkan minta dilelapkan dan batan mencari bantal yang empuk.. mood semestinye nak sambung cuti.. warggg~~



Friday, January 25, 2013

cinta in complicated





hidup berpasangan sangat indah kan.. tapi untuk dapat pasangan yang betul memahami yang akan hidup seumur hidup dengan kita sangat sukar untuk kita tahu.. adakah dia is the right one for us.

sejak aku buka hati ni untuk menerimanya, macam-macam berlaku. actually sampai sekarang masih tidak ada kata putus. since kami kenal bulan 8 tahun lepas.. kami hanya pernah jumpa sekali selepas 2bulan berkenalan memalui telefon. since pertemuan tu dirinya tak semesra dulu.. sebelum pertemuan tu dia berjaya meruntukkan ego ku untuk menyanyangi dia.. kemudian dia yang play hard to get. perbagai alasan dia bagi supaya kami tak bergelar pasangan. perasaan agak kecewa menyelubungi diri.. fill down dekat diri sendiri pon ade. coz alasan diberikan aku patot lost some weight dulu.. yer aku gemok.. so aku cuba campak perasaan sayang tu jauh-jauh. tapi kami masih berhubung walaupun jarang-jarang.

selepas dua bulan luka di hati kian sembuh. hati makin tenang walaupun nampak namanya muncul di skrin telefon.. dia masih menghubungi aku.. kalau bosan, kalau rindu baru dia msg aku. kalau tak dia nak tak nak je replay. tapi dia tak penah mengelak call aku. yer aku nampak terhegehkan dia waktu tu. tapi ia bagai kan terapi tuk hati ku. aku bersyukur kerana hati aku tak selembut perempuan lain diluar sana yang akan meroyan merayu tuk kembali bersama. bagi aku ada jodoh ada lah. klu tidak biar kan sahaja.

aku bagai kan ikut rentak nya. hubungan kami bagaikan couple yg on off tapi tanpa gaduh, atau cemburu. aku pon tak tau status aku dengannya. klu biasa-biasa.. ayat ganti diri di gunakan "u & i" klu mood dia manja sikit kluar la syg i miss u.. dalam hati terdetik nak ku lempang laki cam ni. tapi cik hati seolah melonjak keseronokan. aku pon layan kan sja ikut rentak dia. sehingga ego ku kian menebal semula. aku mula rasa aku hanya ingin permaikan dia sahaja. biar aku buat dia terhegeh kat aku. time tu aku pulak play hard to get. biar dia tau rasa pedih hati ini. biar luka, biar parah hatinya nanti, aku dah tak kisah. tapi ade mulut-mulut yang menasihati what goes around comes around.

hingga satu tahap aku rasa we just friend yg menyanyangi satu sama lain. tapi we not belong for each other. he so perfect for me. dia ade hampir smua benda yang aku inginkan walaupun ade kekurangannye.  aku mula mentafsir. betul orang kata cinta itu buta. tapi dalam kesempurnaan tu aku rasa he not my mr. right.

selepas beberapa bulan bergelut dengan perasaan. 22/1/13 satu statement muncul dari dia. dia cakap
"i kan bff u 4eva n eva!!!" cik hati bagai kna tikam time tu. tapi bibir terukir senyuman. sekurangnya aku tau status kami. dan aku tak de la nanti rasa sebesalah klu nak keluar dengan laki lain. tapi dalam lapik-lapik ayatnye bagaikan aku yang tak inginkan nye lagi. dan dia kte bila masa dia tak sayang kan aku? satu lagi babak complicated berlaku. dia yg ubah status kami ke bff dgn tiba2 dia ubah balik ke status complicated.. kluar la ayat2 syg balik..

sesuai betul situasi aku dengan lagu ini.. I Knew You Were Trouble.. tapi still aku tak nak lost contect dgn me.complicated ni.... aku tak tahu bila smua ni nak settle down.. aku malas nak bertarik tali lagi. aku bukan makin muda. tapi aku amat berharap aku tidak buta hati dengan hubungan ini. terus berdoa bengan ALLAH agar permudahkan segalanya..

amin....






***mr.perfect tak semestinye ur mr. right



chibiehazs




Monday, January 7, 2013

Melangkah ke tahun 2013



setiap kali menyambut 1 januari.. masing-masing sibuk memikirkan azam baru untuk tahun baru.. termasuk aku. Azam tahun-tahun dulu pun masih belum tercapai, ini berangan buat azam baru.. azam aku tahun ini agak berlainansedikit berbanding tahun-tahun sebelum ini.. dari kecil sampai kebesar azam aku nak kurus je.. sampai skang pon tak kurus2 jugak. memandang kan aku mula yakin dengan diri sendiri sekarang ni.. aku buat keputusan untuk membuat azam baru.

sebelum ini aku sebulan sekali pon belom tentu call mak ayah aku kat kampong. teringat kata-kata perli mak beberapa tahun lepas sewaktu aku baru habis belajar "Yer la awak tu bila dah jauh bukan nye nak ingat orang kat kampong" jadi azam aku tahun ni.. aku cuba sekerap mungkin untuk call mak bertanya kabar sementa ra mereka masih sihat dan masih ada bersama aku. ye itu azam aku!!!

masuk tahun baru ini.. tinggal beberapa bulan je lagi aku nak meningkat ke 25 tahun. ish tua dah aku.. tapi masih tak punya apa-apa terutama aset tetap.. so tahun ni aku cuba untuk dapat kat salah satu dari pada list ini...
1. lesen kereta
2. kereta
3. bisnes sendiri
4. my heartbeat

harap aku dapat capai azam aku tahun ini..
AMIN!!!..



*sometime kita kne jadi orang baru untuk dapat hidup yang kita impi-impikan.

Followers